Lim Teong Kim Mahu Pemain Muda Kejar Tempat Masuk Akademi JDT

Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim berpendapat, para pemain muda, terutamanya pelatih NFDP perlu mengejar impian untuk memasuki Akademi JDT.

Hal ini kerana, menurut Lim Teong Kim, JDT memiliki akademi yang serba canggih dan menepati piawaian bagi melahirkan produk terbaik untuk bola sepak moden. Fasiliti dan kelengkapan yang ada di Akademi JDT sangat penting membantu pembangunan para pemain remaja, dalam usaha mereka menjadi pemain profesional di peringkat senior.

Tidak itu sahaja, Lim Teong Kim juga yakin akademi JDT dibarisi pegawai yang pakar dalam pengurusan bakat para pemain. Hala tuju Akademi JDT telah bergerak dengan positif sejak 2013 dengan perancangan rapi.

Lim Teong Kim berkata: “JDT merupakan tempat sesuai untuk pemain daripada NFDP meneruskan karier bola sepak mereka seandainya mahu menjadi pemain profesional.”

“Dan, tiada lagi tempat lain yang lebih sesuai daripada Akademi JDT, Di JDT , mereka turut mengadakan latihan dengan tersusun dan menepati kehendak bola sepak moden.”

Lim Teong Kim mengiktiraf Akademi JDT sebagai salah sebuah akademi yang terbaik di rantau Asia Tenggara. Lihatlah pencapaian mereka dalam 2 tahun kebelakangan ini.

Skuad Bawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun JDT masing-masing menang Kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Seterusnya pasukan B-14 JDT berjaya merangkul Piala Menteri Pendidikan pada 2018. Skuad B-13 Harimau Selatan itu pula menjulang Piala Jemputan Antarabangsa JSSL serta kejuaraan MSSM B-12 pada 2019.

Bukan itu sahaja, malah JDT turut melakukan langkah tepat menjalinkan kerjasama dengan kelab dari luar, seperti Jerman dan Sepanyol, tambah Lim Teong Kim lagi.

“JDT, sebelum ini sudah mempunyai program pembangunan yang sangat baik. Ini dengan mengadakan kolaborasi bersama kelab ternama Jerman, Borussia Dortmund dan Valencia CF dari Sepanyol .”

“Modul pembangunan bakat yang mereka gunakan juga bertepatan untuk memajukan pembangunan bola sepak akar umbi.”

Sumber

Berita Harian

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.