Analisis terperinci permainan Donny Van de Beek dengan larian ‘of the ball movement’ ini pasti akan membuatkan ramai penyokong Manchester United teruja.
Juara Liga Inggeris 20 kali itu dilaporkan akan mengumumkan Van de Beek dalam tempoh terdekat selepas bersetuju membayar £40 juta kepada Ajax untuk khidmat pemai tersebut.
Pemain antarabangsa Belanda yang menghasilkan 10 gol dalam 36 perlawanan di semua pertandingan untuk Ajax pada musim lalu hampir menyertai Real Madrid pada awal Ogos.
Namun kini Van de Beek hampir pasti bakal membantu Man United melontarkan cabaran untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris daripada Liverpool bermula saingan musim hadapan.
Jadi sekarang apa penyokong boleh jangkakan dari Van de Beek?
Box-to-box
Donny Van de Beek disifatkan sebagai seorang pemain tengah box-to-box klasik. Namun demikian, pemain ini seperti didatangkan dengan nilai tambah tersendiri.
Dianggap sebagai seorang pemain tengah serba boleh/versatile, bermakna Van de Beek boleh memainkan peranan di bahagian serangan dan pertahanan tengah – di mana kepentingan Van de Beek dilihat amat penting untuk menonjolkan kreativit Fernandes dan Pogba.
Van de Beek juga dilihat sebagai pemain yang memiliki larian ‘off the ball movement’ yang menarik, terutama ketika pasukan sedang melakukan gerakan serangan.
Anda boleh menyaksikan sendiri kehebatan Van de Beek melalui pautan video di bawah:
Player analysis: Donny van de Beek
Donny is good on the ball but he is worldclass off it, has an amazing feeling for space. He is a type of player you don't see a lot. Very special, there's a reason Real Madrid is interested. pic.twitter.com/Iq3HYx3OBG
— Cheaq (@itsCheaq) August 4, 2019
Donny Van De Beek sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya di Ajax dan menyatakan bahawa beliau akan menyertai Manchester United.
Pemain midfield berusia 23 tahun dari Ajax itu telah mempamerkan aksi sungguh mengagumkan sehingga turut dipuji oleh bekas pemain tengah Belanda dan Tottenham, Rafael Van der Vaart.
🗣️ Van de Beek and Man Utd are a perfect match, says Van der Vaart:
"Donny deserves this transfer so much. He has played excellent for Ajax.
"And Manchester United really need this kind of player in their team."
— Goal (@goal) August 31, 2020
“Donny selayaknya mendapat tawaran perpindahan sebegini,” ujar Van der Vaart kepada NOS.
“Dia beraksi dengan baik untuk Ajax. Dan Manchester United memerlukan seorang pemain seperti Van de Beek di dalam pasukan.
“Perpindahan ini juga mengujakan untuk kami rakyat Belanda. Seluruh dunia akan mengenali Van de Beek sekarang. Dia memang layak.”