Lihat Transformasi Terkini Tubuh McGregor Berbanding Sewaktu Bertemu Khabib Dua Tahun Lalu

Sedar tidak sedar, sudah dua tahun Conor McGregor ditewaskan oleh Khabib Nurmagomedov dan kini The Notorious bakal kembali ke gelanggang Octagon tidak lama lagi.

Kurang satu bulan dari sekarang, Conor McGregor akan kembali bertarung, apa yang menariknya, beliau telah memperlihatkan perubahan dari segi potongan badan yang cukup luar biasa.

Kekalahan McGregor kepada Khabib menyebabkan beliau meroyan dan tidak henti-henti bercakap hal tersebut dalam tempoh yang cukup lama.

Tapi satu hal yang pasti, McGregor sememangnya jenis seorang petarung yang akan kembali dengan lebih meyakinkan dan lebih tekad.

Selepas mencatatkan kemenangan menewaskan Donald Cerrone pada Januari lalu, yang mana perlawanan tersebut merupakan aksi pertamanya selepas tewas kepada Khabib.

Ia jelas membuktikan bahawa McGregor tidak akan berhenti di situ sahaja, dan pastinya akan ada perlawanan hebat yang bakal disertainya selepas perlawanan tersebut.

McGregor bakal bertarung dengan Dustin Poirier untuk kali kedua sepanjang kariernya pada 23 Januari 2021 nanti.

McGregor kini lebih banyak menghabiskan masa di Gym sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan tersebut dan gambar terbarunya telah tular di media sosial.

Ia merupakan gambar yang membandingkan penampilan beliau ketika sebelum bertemu Khabib dengan yang terbaru dalam persiapan bertemu Dustin Poirier.

Jelas sekali, gambar terbarunya sangat berbeza dan ia seolah-olah gambar tersebut bukan menunjukkan diri McGregor.

Pemilik twitter @McGregorRousey memuat naik gambar perbandingan dengan sebelah kiri ketika McGregor dalam persediaan bertemu Khabib dan disebelah kanan pula merupakan gambar terbaru sebelum bertemu Dustin.

Jelas Mcgregor yang terkini lebih besar dan mempunyai bentuk badan yang lebih menarik berbanding ketika sebelum beliau beraksi bertarung bersama Khabib.

Transformasi yang sungguh mengagumkan dengan petarung dari Ireland itu dilihat lebih berotot dan lebih bermotivasi dari sebelum-sebelum ini.

Para peminat yang melihat perubahan beliau, jelas berasa tidak sabar untuk melihat legenda UFC itu untuk kembali beraksi dengan penampilan barunya itu.

Terdapat juga cakap-cakap belakang yang mengaitkan bahawa McGregor akan dipertarungkan semula dengan Khabib, jadi adakah transformasi barunya itu sebagai amaran kepada The Eagle bahawa beliau sudah bersedia untuk memecahkan rekod 29 kemenangan itu?

Dengan khabar angin itu semakin bertebaran di ruang internet, para peminat kini berasa gembira untuk melihat Conor McGregor kembali beraksi dan tahun 2021 pastinya menjadi tahun yang besar untuk The Notorious.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.