blank

Lihat Tendangan Kung Fu Dan Aksi Royal Rumble Yang Menerima Layangan 9 Kad Merah

blank

Kemenangan skuad bawah 17 tahun Fluminese ke atas Athletico Paranaense telah dirosakkan dengan pergaduhan besar, yang melihatkan seorang pemain melepaskan sepakan ala kung fu, tepat ke arah kepala lawan dan sembilan pemain dilayangkan kad merah.

Kedua-dua pasukan bertemu pada petang Isnin lalu dan Fluminese muncul sebagai pemenang dan menjuarai saingan U17 Brasileirao.

Namun, bukan kemenangan atau kejayaan Fluminese yang menarik perhatian peminat, sebaliknya kisah pergaduhan besar-besaran antara kedua-dua pasukan yang telah berjaya menarik perhatian peminat.

Perbalahan awal terjadi ketika Ataide dari Paranaense telah mengasari Neto dari Fluminese dan mereka berdua bertengkar dan menyebabkan kesemua pemain lain turut campur tangan.

Keadaan menjadi semakin huru hara dengan pengadil perlawanan sudah tidak mampu untuk mengawal keadaan yang semakin tegang ketika itu.

Para pemain simpanan turut masuk ke padang dan sertai pergaduhan tersebut dan salah seorang pemain telah melakukan tendangan ala Eric Cantona tepat ke bahagian kepala Neto.

Vinicius Amaral kemudiannya menyambung tendangan kung fu itu dengan menendang Neto beberapa kali sebelum rakan sepasukannya yang lain datang memisahkan mereka.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa perlawanan tersebut terpaksa dihentikan selama 10 minit untuk menenangkan semua pemain dan kesemua empat pemain tersebut dilayangkan kad merah.

Dua lagi pemain lain yang berada dalam padang turut dikeluarkan dan tiga pemain yang berada di bangku simpanan juga dilayangkan kad merah menjadikan sembilan pemain telah dibuang padang dalam perlawanan ini.

Para peminat tidak gembira dengan insiden yang melibatkan pemain remaja itu dan menganggap ianya sebagai sampah dalam bola sepak.

Tiada hukuman yang pasti akan dikenakan kepada mereka semua setakat ini, namun, pastinya kesemua mereka akan digantung dalam tempoh waktu yang panjang atas kesalahan mempamerkan aksi keganasan seperti itu.

Sepakan kung fu yang terkena kepala Neto itu pastinya mengingatkan peminat kepada satu insiden yang berlaku pada tahun 1995, yang melibatkan legenda United, Eric Cantona.

Legenda setan merah itu telah melakukan sepakan ala kung fu ke arah penyokong Crystal Palace dan beliau selepas itu telah dihukum gantung selama sembilan bulan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.