Bagi peminat sukan permotoran atau kereta lumba, Litar Nurburgring di Jerman bukan litar yang asing lagi.
Sebutkan sahaja Litar Nurburgrig, bayangan jentera-jentera hebat melintasi “The Green Hell” pasti menjelma.
Tetapi pernahkan anda melihat kereta jenama tempatan – untuk lebih spesifik Proton Wira – tampil di dalam perlumbaan di litar ini?
Itulah yang dilakukan oleh dua adik beradik yang berasal dari Belanda.
Dua saudara Gravemade dari Dutch DIY Mechanics (DDM) memilih Proton Wira untuk berlumba bersama kereta-kereta lain seperti Porsches dan kereta-kereta jenama lain.
Berjiwa Malaysia
Jochem dan Ruben Gravemade sebenarnya amat biasa dengan kereta jenama Malaysia tersebut. Apatah lagi kedua-duanya pernah menetap di Ampang selama tujuh tahun.
Setelah kembali ke Eropah kedua-dua adik beradik ini mahu membuktikan kepada mereka di Nurburging bahawa Malaysia juga mampu mengeluarkan kereta yang berkualiti juga.
Dari situ timbullah idea “Project Proton” berinspirasikan teksi yang sering kali memenuhi jalan raya di seluruh negara satu ketika dahulu.
Cabaran pertama yang perlu dihadapi oleh kedua-dua adik beradik ini sudah tentu ialah untuk mencari Proton Wira itu sendiri.
Wira pernah dieksport oleh Proton ke Eropah dan beberapa buah daripadanya pernah dijual di Jerman pada lewat 1990an sehingga awal 2000.
Akhirnya mereka memperolehi model Wira yang diidamkan pada 5 Julai 2019.
Rintangan tetap dihadapi
Malang bagi kedua-duanya apabila enjin Proton Wira 4G13 1.3 Liter yang dibeli itu rosak. Ini memaksa kedua-dua mencari satu lagi enjin 4G13.
Sekali lagi masalah timbul apabila pendawaian unit kedua yang diperolehi turut mengalami kerosakan.
Sebuah lagi wira – model Aeroback – kemudian dibeli dengan kapasiti enjin lebih besar iaitu 4G15 1.5 L. Kenderaan yang dibeli sebelumnya dijadikan spare part.
Dari situ segalanya mudah buat Jochem dan Ruben. Apatah lagi model-model yang mirip dengan Wira seperti Mitsubishi Colts, Lancer dan Galant turut mudah diperolehi di sana – dan akhirnya projek tersebut menjadi kenyataan!
Perlumbaan di Nurburgrig
Jochem dan Ruben kemudiannya menguji keupayaan Proton Wira yang mereka bina kembali di Litar Nurburgrig.
Beberapa kenderaan lain termasuk Porche dan Citroen turut mengambil bahagian.
Anda boleh melihat video perlumbaan tersebut melalui pautan Instagram yang dikongsi oleh Jochem dan Ruben seperti di bawah.
View this post on InstagramA post shared by DDM (@dutch_diy_mechanics) on
Kedua-dua adik beradik itu tidak mampu menyembunyikan keterujaan mereka apabila Teksi Proton Wira mereka mampu memintas sebuah Porche.
Kebanggaan Jochem dan Ruben terhadap model tempatan negara ini sememangnya luar biasa.
Proton Power!!!