Lihat Teknik Ambil Penalti Yang Dianggap Paling ‘Kurang Ajar’ Oleh Lawan

Penyerang Nottingham Forest, Lyle Taylor dikatakan memiliki teknik menyempurnakan sepakan penalti paling ‘kurang ajar’ kerana ia seolah-olah tidak menghormati penjaga gol lawan.

Pada Rabu lalu, Tyler menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada minit akhir perlawanan untuk menewaskan Coventry 2-1 dalam saingan Championship.

Masuk minit ke-7 masa kecederaan, pemain penyerang berusia 30 tahun itu dijatuhkan di dalam kawasan kotak penalti lawan dan kemudiannya beliau memutuskan untuk mengambil sepakan yang diberikan pengadil itu sendiri.

Sepakan penalti adakalanya memberikan pemain tekanan. Tetapi Taylor tampil dengan langkah yang meyakinkan untuk memastikan pasukannya menang buat kali pertama musim ini di tempat sendiri selepas lapan perlawanan.

Dan apabila kami mengatakan ‘meyakinkan’ ia juga bermakna penalti tersebut adalah antara yang paling rilkes pernah disempurnakan oleh seseorang pemain.

Taylor sebelum itu dengan selamba berjalan lebih kurang 12 langkah sebelum tiba dan menyepak terus bola menewaskan Marko Marosi yang menerkam ke arah lain.

“Lelaki paling cool. Pemain paling tenang di atas padang,” ujar pengulas perlawanan. “Bagaimana beliau menyempurnakan penalti begitu?”

Teknik tersebut sememangnya membawa kelainan tetapi ini bukan kali pertama Taylor menyempurnakan sepakan dalam situasi genting yang sama.

Musim lalu ketika beliau beraksi di bawah kendalian Lee Bowyer di Charlton Athletic, Taylor memainkan peranan penting dalam perlawanan menentang Barnsley sehingga pasukannya diberikan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan.

Ia adalah perlawanan yang sengit di Oakwell dan Barnley sedang mendahului 2-1 pada ketika itu.

Tetapi Taylor dengan tenang dan selambanya menggunakan teknik yang sama untuk menyamakan kedudukan dan Charlton Athletic membawa pulang satu mata.

Gol tersebut dengan teknik selamba tersebut sudah tentu mendapat kecaman penyokong pasukan lawan yang melabel Taylor kurang ajar dan tidak menghormati lawan.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.