Lihat Skill Halland Porak Peranda Pertahanan Lawan Dan Jaring Dua Gol Untuk Benam RB Leipzig

Erling Haaland menyerlah untuk Borussia Dortmund dan menjaringkan dua gol cantik untuk membantu Borussia Dortmund menang 3-1 ke atas RB Leipzig pada malam tadi.

Penyerang sensasi berusia 20 tahun itu kini telah menjaringkan gol ke-11 dan ke-12 Bundesliga dengan penuh bergaya.

Selepas Jadon Sancho membuka tirai jaringan, Haaland enggan ketinggalan mencetak nama selaku penjaring.

Dua gol oleh penyerang Norway itu turut menampilkan magis dari pemain itu sendiri dalam penghasilan gol-gol tersebut.

Walaupun dikenali sebagai penyerang bertubuh sasa, Haaland turut menampilkan kemampuan beliau menggelecek lawan, dan menewaskan kawalan ketat beberapa pemain Leipzig sebelum melebarkan bola kepada Sancho.

Pemain antarabangsa England itu kemudiannya melintangkan bola untuk ditanduk masuk oleh Haaland untuk gol pertamanya.

Bekas pemain RB Salzburg itu kemudiannya menjaringkan satu lagi gol enam minit kemudian. Kali ini beliau menggunakan ketajamannya mendapatka bola sebelum menggelecek penjaga gol dan menolak bola ke dalam gawang yang kosong.

Erling Haaland kini dianggap sebagai salah seorang penyerang lengkap terhangat di pasaran. Beliau bukan sahaja bijak mencari ruang untuk menjaringkan gol. Gerakan tanpa bola beliau juga merupakan satu ancaman kepada pihak lawan.

Penyerang yang bijak akan berupaya berlari ke satu kawasan dengan tanpa bola di kaki. Akhirnya mereka menemui titik yang tepat untuk ‘menemui’ ataupun menerima bola.

Kadang-kadang, mereka akan menggunakan larian ringan (low pace) seperti jogging  dan walking pace untuk mengalihkan perhatian pemain pertahanan lawan.

Kaedah ini membantu mereka mewujudkan ruang dan peluang kepada rakan sepasukan atau untuk dimanfaatkan oleh diri sendiri. Kemampuan menggelecek pemain ini membuatkan beliau dilihat sebagai senjata pemusnah yang amat berbahaya kepada pertahanan lawan.

Sebagai penyerang tunggal, anda bukan sahaja perlu menjadi pemain yang klinikal di hadapan gol.

Kualiti seorang penyerang tunggal juga dilihat ketika terlibat di dalam melakukan gerakan. Begitu juga dengan off the ball running, bagaimana melakukan orientasi badan, dan menyerang ruang yang betul ketika diperlukan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.