Liverpool akhirnya mengesahkan pembelian pemain bek kiri dari Olympiakos, Kostas Tsimikas dengan nilai perpindahan £11.75 juta.
Pemain antarabangsa Greece itu akan menjadi pemain yang akan memberikan saingan secara langsung kepada Andy Robertson pada musim akan datang.
Tsimikas memulakan kariernya bersama Olympiakos pada 2015, namun pemain itu dipinjamkan kepada kelab Belanda, Esbierg sepanjang musim 2016/17.
Pada musim berikutnya pula, Tsimiskas merantau ke Belanda bersama Willem II di mana beliau melakukan 37 penampilan dalam semua pertandingan.
Ketika beraksi di Liga Belanda, jaringan sepakan basikal ketika membantu Willem II menewaskan FC Utrecht adalah antara momen yang paling diingati.
Pemain berusia 24 tahun ini mempunyai beberapa persamaan dengan Robertson, dengan kelajuan dan karakter Robertson adalah tambahan kepada kesungguhan dan kreativiti di bahagian serangan sebagai kualiti yang beliau miliki.
Kelajuan dan kepantasan adalah dua kelebihan Kostas Tsimikas, selain daripada visi untuk melakukan larian ke hadapan melalui bahagian sayap – aspek yang paling digemari oleh Jurgen Klop dalam taktikal Liverpool.
Tsimikas menjaringkan 7 gol dari 46 penampilan dalam semua pertandingan pada musim lalu, dan kerap kali melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti.
Pemain ini juga dikatakan mempunyai kualiti yang baik ketika bertahan.
Untuk melabel Tsimikas sebagai pemain yang lengkap, adalah jauh sekali. Namun pada usia yang muda iaitu 24 tahun, masa berada di pihak pemain ini.
Sepertimana pemain lain, Tsimikas adalah seorang lagi bakat yang dibeli Liverpool untuk dijadikan pemain berkelas dunia. Siapa tahu kan?