Lihat Screamer Luar Biasa Santi Cazorla Ketika Debut Bersama Al Sadd

Santi Cazorla memulakan kariernya dengan cemerlang di Qatar apabila menjaringkan satu lagi gol ‘screamer’ untuk Al Sadd.

Bekas pemain tengah Arsenal itu memilih untuk beraksi di Qatar Stars League (QSL) selepas meninggalkan Villareal pada musim panas ini dan sudah pun sudah pun menyesuaikan diri dengan cabaran baru di negara teluk itu.

Dalam aksi yang berlangsung pada malam tadi, pemain tengah dari Sepanyol itu menjaringkan dua gol dalam penampilan sulungnya di QSL, untuk membantu Al Sadd menewaskan Al Kharaiyat 5-1.

Cazorla membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini apabila menyempurnakan satu hantaran cut back dari rakan sepasukan.

Namun jaringan keduanya dilabel berkelas dunia. Selepas menerima bola di luar kotak penalti dengan satu sentuhan, Cazorla melepaskan rembatan kaki kiri ke penjuru atas farpost.

Ia bukan kali pertama Cazorla menghasilkan jaringan menakjubkan sebegitu untuk Al Sadd.

Minggu lalu Cazorla turut menghasilkan satu gol cantik yang melencong masuk di pertandingan Piala Oorredoo menentang Al Ahli.

Bola terlebih dahulu mengenai palang sebelum menerjah masuk, dan pemain itu tetap tenang meraikan jaringan.

Jurulatih Al Sadd, Xavi sudah tentu gembira dengan apa yang beliau lihat daripada Cazorla setakat ini.

Penyokong juga gembira dengan apa yang mereka lihat dan gol-gol Cazorla pasti mengingatkan kita akan aki beliau ketika kemuncak prestasi bersama Arsenal satu masa dahulu.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.