Lihat Rutin Latihan ‘Top-Corner Save’ Alisson Jadikan Penjaga Gol Terbaik Dunia

Liverpool telah memuat naik sebuah video menunjukkan bagaimana Alisson Becker melakukan latihan dalam persiapan menghadapi musim 2020/21.

Dan berdasarkan rutin latihan tersebut, Alisson membuktkan mengapa beliau selayaknya digelar penjaga gol terbaik dunia.

Untuk dua musim berturut-turut sebelum ini, Liverpool adalah pasukan yang paling sedikit dibocori. Dan salah satu sebab utama kepada kejayaan itu adalah kerana ketangkasan Alisson di hadapan gawang.

Video latihan yang dikongsi oleh Liverpool menjelaskan prestasi tahap tertinggi yang ditampilkan Alisson.

Penjaga gol Liverpool itu dilihat melakukan diving dengan secepat mungkin tanpa henti ke kedua-dua belah penjuru gawang untuk menyelamatkan bola yang disepak oleh jurulatih.

Ia adalah antara latihan berintensiti tinggi yang disediakan oleh Liverpool untuk penjaga gol mereka.

 

Alisson dilahirkan di Rio Grande do Sul State di Brazil dan memulakan karier bola sepak dengan menyertai akademi kelab tempatan, Internacional.

Bersama Internacional, Alisson berpeluang menampilkan aksi di peringkat negeri dan kejohanan kebangsaan. Sebelum menyertai Roma pada 2016, Alisson telah merekodkan 83 penampilan bersama skuad utama Internacional.

Bersama skuad La Lupa, ketibaan Alisson pada mulanya ialah sebagai penjaga gol nombor dua di belakang Wojciech Szczesny selama semusim tanpa sebarang penampilan.

Hanya selepas Szczesny berhijrah ke Juventus, barulah Alisson mempunyai peluang beraksi di Stadio Olimpico dengan 37 penampilan Serie A, sebelum disambar Liverpool selepas itu.

=Persiapan juara Inggeris, mantan juara eropah dan juara dunia ini kini tampak berada di landasan yang betul dalam usaha mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Misi mempertahankan kejuaraan akan bermula pada 12 September buat anak buah Jurgen Klopp apabila melayani kunjungan Leeds United pada minggu pertama perlawanan EPL di Anfield.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.