Lihat Romain Grosjean Terlibat Kemalangan Ngeri Di Bahrain GP

Grand Prix Bahrain dibayangi oleh kemalangan besar yang berlaku pada pusingan pertama melibatkan pemandu dari Haas, Romain Grosjean.

Selepas melalui beberapa selekoh, jentera yang dipandu oleh Grosjean terbabas dan menghentam dinding pembahagi jalan sebelum terbakar dengan maraknya.

Imej yang dikongsikan amat mengejutkan, namun semua pihak menarik nafas lega sebaik melihat kelibat pemandu itu keluar dari jentera untuk dibawa oleh kenderaan keselamatan.

Di sebalik jentera yang terbakar, dan terbelah dua akibat impak kemalangan itu, pemandu tersebut hanya mengalam kecederaan ringan akibat kesan kebakaran di tangan dan buku lali.

Berdasarkan apa yang telah berlaku, beliau pasti bersyukur masih lagi bernyawa akibat kemalangan tersebut.

Berikut kami kongsikan imej dan video dari kemalangan tersebut.

Kita boleh katakan perkembangan teknologi dan tahap keselamatan yang dipertingkatkan sejak tahun-tahun sebelum ini telah menyelamatkan nyawa Grosjean dalam insiden mengejutkan kali ini.

Pengulas dari Sky Sports boleh kedengaran terkejut dengan apa yang mereka lihat, dan menanggap pemandu tersebut bernasib baik kerana masih bernyawa selepas kemalangan sebegitu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.