Lihat Refleks Pantas Penunggang Moto2 Ini Selamatkan Diri Elak Dilanggar Selepas Terbabas

Penunggang Moto2 Aron Canet berjaya menyelamatkan diri dari kemalangan ngeri selepas jentera yang ditunggangnya terbabas.

Penunggang dari Sepanyol itu kelihatan menggelongsor di trek sebelum penunggang-penunggang lain tiba dari arah belakang pada kelajuan tinggi – sekali gus mengundang situasi yang amay bahaya.

Menyedari keadaan dirinya seperti telur di hujung tanduk, Canet sempat memerhati setiap pelumba yang tiba dari arah belakang dan mulai mengelak setiap jentera satu persatu sehingga berjaya menyelamatkan diri di tepi litar.

Dalam keadaan tersebut, refleks pantas oleh Canet telah menyelamatkan dirinya.

Tidak kurang 5 pelumba lain yang perlu dielakkan oleh Canet ketika beliau cuba untuk menyelamatkan dirinya ke tepi trek.

Situasi tersebut dianggap bahaya kerana pelumba-pelumba yang datang dari belakang sukar untuk melihat keadaan Canet disebabkan keadaan litar yang mempunyai sedikit cerun,

Canet kemudiannya berlari mendapatkan jenteranya kembali selepas itu, dan berjaya meneruskan kembali sesi selepas kerja pembaikan dengan mekanik pasukan.

Pelumba yang dianggap rookie di Moto2 itu layak ke perlumbaan dengan menduduki posisi ke-15.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.