‘Beri sajalah kejuaraan liga kepada mereka sekarang’
Itulah apa yang difikirkan oleh kebanyakkan peminat bola sepak selepas melihat Bayern Munich membelasah Schalke semalam.
Pemenang liga Juara-juara yang lalu memulakan kempen saingan liga musim ini dengan penuh semangat untuk mengekalkan kejuaraan Bundesliga yang telah mereka menangi musim lalu.
When @lewy_official's making headlines for an assist, you know it's gonna be good 😏
Rabona Lewandowski 💫 pic.twitter.com/93zjPVQFSG
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) September 18, 2020
Bayern memulakan saingan liga musim ini bertemu seteru mereka, Schalke dan skuad gergasi Jerman itu berjaya membelasah lawan mereka dengan keputusan 8-0.
Antara aksi terhebat yang berlaku dalam perlawanan itu adalah ketika Robert Lewandowski melakukan assists yang sungguh cantik kepada rakan sepasukannya, Thomas Muller.
Penyerang kebangsaan Poland yang sebelum ini terkesan dengan keputusan France Football’s yang membatalkan anugerah Ballon d’or tahun itu telah melakukan rabona assists yang sungguh mengagumkan.
Umpanan beliau yang cukup cantik itu berjaya disudahkan dengan sempurna oleh Muller, satu kombinasi assists dan jaringan yang memukau.
Lewandowski's rabona assist was simply outrageous 🤯😍pic.twitter.com/tW3PQXZrjX
— Goal (@goal) September 18, 2020
Skuad kendalian Hans Flick berjaya untuk merangkul pelbagai kejuaraan musim lalu seperti gelaran Bundesliga, DFB-Pokal dan muncul Juara saingan liga Juara-juara.
Musim ini mereka terlihat beraksi lebih kemas dan tampil lebih garang dalam perlawanan pertama liga, sudah pastinya kebanyakkan pasukan lawan berasa gentar melihat apa yang telah mereka pamerkan.
Bayern Munich menandatangani Leroy Sane dari Manchester City pada musim panas untuk menambah baik jentera serangan mereka yang sememangnya sudah hebat.
Rob-ona Lewandowski, you know Rob-ona Lewandowski because he gave me assist with rabona pic.twitter.com/LNPWm4ghCU
— 𝑲𝑯𝑿𝑳𝑰𝑰𝑭𝑨 (@InaayatKhxliifa) September 18, 2020
Dan aksi yang ditunjukkan oleh bekas pemain City itu sungguh mengagumkan, ia merupakan malam yang sungguh indah untuk keempat-empat pemain di posisi serangan Bayern.
Muller berjaya menjaringkan gol sama seperti Lewandowski dan Sane, sementara Serge Gnabry pula cemerlang mencatat hat-trick dalam perlawanan itu.
Leon Goretzka juga tidak melepaskan peluang untuk mencatat nama sebagai penjaring untuk Bayern dan satu lagi gol dijaringkan oleh Jamal Musiala.
Jamal Musiala menjadi pemain termuda yang menjaringkan gol untuk Bayern selepas masuk pada babak kedua perlawanan menggantikan Serge Gnabry.
Bayern Munich are 7-0 up against Schalke and Robert Lewandowski has just produced a rabona assist, so Bayern have brought on English 17-year-old Jamal Musiala.
The UK Number 1 on the day Musiala was born was Mandy by Westlife. pic.twitter.com/EsQRLh4Qqn
— GoalScorer Challenge (@GoalscorerC) September 18, 2020
Bercakap kepada laman rasmi kelab selepas tamat perlawanan, Flick menyatakan bahawa pasukannya telah meletakkan penanda aras yang tepat dan mereka melakukannya dengan cukup baik.
“Sebelum perlawanan bermula kami sepakat untuk meletakkan penanda aras dan kami melakukannya dengan sempurna. Kami mahu tunjukkan bahawa kami juga sudah bersedia musim ini. Saya bangga melihat aksi persembahan memukau yang mereka pamerkan hari ini.”