Lihat Pesakit Covid-19 Yang Dikuarantin Di Sabah Lepas Gian Main Bola

Untuk dua hari berturut-turut jumlah kes positif Covid-19 di dalam negara mencatatkan 660 kes baharu. Ia adalah angka tertinggi yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak penularan wabak itu di dalam negara.

Sehingga kini jumlah keseluruhan jangkitan di dalam negara secara kumulatif telah mencecah 17,540 jangkitan, dengan 167 kematian sehingga ke hari ini.

5,768 kes pula sedang dirawat di hospital-hospital di seluruh negara. Bagaimana pun tidak kesemua daripada pesakit ini ditempatkan di dalam wad untuk mendapatkan rawatan terus dari hospital.

Sabah antara paling teruk terjejas

Sabah adalah negeri yang paling teruk terjejas oleh gelombang ketiga Covid-19. Hari demi hari jumlah kes dari negeri ini menyumbang lebih separuh dari kes, atau 65% daripada kes positif yang dilaporkan adalah dari negeri ini.

Bagi membantu menangani situasi di Sabah, keupayaan sumber manusia dan katil di negeri Sabah terus dipertingkatkan.

Secara keseluruhannya, seramai 475 orang anggota pelbagai kategori dan skim perkhidmatan telah digerakkan secara dalaman negeri Sabah dan juga daripada negeri-negeri lain ke negeri Sabah.

Mereka ditempatkan di Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kota Kinabalu. Kapasiti katil juga ditingkatkan dengan pembukaan lebih banyak hospital untuk COVID-19 dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah di Sabah, menjadikan jumlah katil bagi pesakit COVID-19 di Sabah kini 4,822 katil.

blank
Sumber: KKM

Bagi hospital dengan kapasiti terhad di wad akibat peningkatan mendadak gelombang ketiga Covid-19 di dalam negara ini, sebahagian pesakit turut akan dihantar ke pusat-pusat kuarantin di luar hospital.

Semporna, Tawau, Kunak dan Lahad Datu adalah antara daerah paling terjejas di Sabah. Dan jumlah positif Covid-19 turut mulai meningkat di beberapa daerah lain khususnya di Sandakan.

PKRC dibuka di zon merah

Menurutnya, KKM kini mempunyai tujuh hospital untuk merawat kes Covid-19 yang memerlukan penjagaan perubatan dan enam lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Secara keseluruhan 30 peratus katil sudah digunakan, manakala kes yang tidak bergejala atau gejala ringan akan ditempatkan di PKRC.

Beberapa buah PKRC di seluruh Sabah turut sudah beroperasi untuk menempatkan mereka yang bergejala ringan.

Kebanyakan mereka yang positif harus berada di pusat kuarantin tersebut selama 14 hari.

Pesakit isi masa lapang

Namun pernahkan anda terbayang bagaimana pesakit Covid-19 yang bergejala ringan meluangkan masa lapang mereka di pusat-pusat kuarantin tersebut?

Satu perkara yang anda perlu tahu ialah tidak semua pesakit positif Covid-19 itu mempunyai gejala. Mereka hanya didapati bergejala selepas melakukan saringan yang disasarkan atas sesebuah komuniti.

Ini bermakna mereka yang positif Covid-19 juga boleh kelihatan sihat seperti biasa. Mereka bagaimana pu harus menjalani kuarantin selama 14 hari untuk memastikan virus tersebut yang ada di dalam sistem tubuh badan mereka menjangkiti golongan berisiko di dalam komuniti.

Maka ini bermakna tempoh kuarantin boleh menjadi tempoh yang membosankan. Tanpa televisyen, sambungan wifi, tempoh 14 hari dikuarantin mungkin boleh menjadi tempoh yang amat menyeksakan.

Namun ianya demikian tidak bagi sekumpulan pesakit positif Covid-19 ini.

Masa yang terluang mereka gunakan secara bersama untuk bermain bola sepak, atau pun strees soccer di pusat kuarantin ini.

Kami tidak pasti di mana perlawanan ini diadakan, namun kemungkinan besar ia adalah di PKRC yang terletak di Dewan Kompleks Sukan Tawau.

Seperti kebiasaan, siapa kena gol dahulu akan buka baju. Manakala pasukan lagi satu menggunakan baju yang wajib dipakai di wad.

Kerusi pula dibuat menjadi tiang gol. Manakala bola pula seperti gumpalan kertas atau cadar/selimut yang dibalut dengan plastik.

Bagus juga aktiviti ini. Selain dari untuk mengisi masa lapang dengan bermain bola bolehlah juga berkenalan dengan pesakit-pesakit lain dan mengeratkan hubungan sesama kita.

Mungkin ada yang berpendapat aktiviti ini tidak sepatutnya dibenarkan di PKRC. Tetapi harus diingat, mereka juga manusia seperti kita semua.

Harapan dan doa kita rakyat Malaysia ialah agar mereka yang disahkan positif Covid-19 di seluruh negara akan pulih secepat mungkin. Amin.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.