Lihat Penginapan Mewah Ronaldinho Jalani Hukuman Penjara

Percutian mewah atau tahanan rumah? Legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho telah diarahkan oleh mahkamah untuk menjalani hukuman sebagai tahanan rumah.

Tetapi beliau ditempatkan di presidential suite sebuah penginapan mewah sebaik sahaja dikeluarkan dari penjara semalam.

 

Ronaldinho masih lagi berada di bawah penyiasatan kerana memiliki passport palsu, dan ditahan bersama abangnya Roberto pada 6 Mac lalu.

Kesalahan tersebut boleh mengakibatkan hukuman penjara sehingga enam bulan. Laporan mengatakan peguam Ronaldinho terpaksa membayar wang jaminan berjumlah £1.3 juta untuk membenarkan bekas pemenang Ballon d’Or dan abangnya sebagai tahanan rumah.

Hotel Palmaroga adalah sebuah hotel 4 bintang, tetapi adalah yang termewah di bandaraya Asuncion, ibu kota Paraguay.

Ia juga bermakna hanya hotel terbaik disediakan untuk bekas bintang AC Milan dan Barcelona itu yang mendiami president suite dengan balkoni sendiri, 55 inchi smart TV, sebuah pool dalaman, dan dapur sendiri.

Ronaldinho juga akan menerima room service bertaraf lima bintang, tatkala abangnya pula dikatakan akan mendiami bilik eksekutif hotel berkenaan.

Bukan itu sahaja kemudahan mewah yang disediakan untuk Ronaldinho dan abangnya.

Sebuah kolam renang di tingkat teratas (rooftop) yang cantik dan mempunyai latar belakang menarik turut dikhaskan untuk kedua-duanya.

Kolam renang tersebut turut menyajikan koktail di bar berhampiran kolam renang.

Hotel tersebut adalah sebahagian daripada bangunan kolonial dari kurun ke-19, dan terletak berhadapan dengan Bay of Asuncion.

Lihat gambar penginapan mewah yang kami kongsikan dengan artikel ini.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.