Lihat Pemain Hamburg Ini Tinggalkan Temubual & Serang Penyokong Lawan

Pemain pertahanan Hamburg, Toni Leistner bertindak meninggalkan wartawan yang sedang menemubual beliau selepas perlawanan, memanjat pagar ke arah tempat duduk penonton, dan menyerang seorang penyokong lawan.

Insiden tersebut berlaku selepas perlawanan DFB-Pokal diantara Hamburg dan Dynamo Dresden pada Isnin, dan Leistner mendakwa tindakannya itu dicetuskan oleh provokasi melampau daripada penyokong bekas kelabnya itu.

Hamburg mengakhiri perlawanan tersebut dengan kekalahan  4-1 menentang kelab yang pernah diwakili oleh Leistner dari 2010 sehingga 2014.

Ratusan penyokong dibenarkan masuk untuk menyaksikan perlawanan tersebut dengan S.O.P.

Leistner yang merupakan pemain kelahiran Dresden tiba-tiba menyerbu ke arah penyokong dan cuba menjatuhkan salah seorang daripada penyokong dengan mengenggam kedua-dua belah kolar.

Leistner bagaimanapun kembali ke arah padang selepas campur tangan petugas dan penyokong lain. Beliau bagaimanapun meluahkan rasa kekesalan terhadap insiden yang berlaku melalui Instagram miliknya selepas itu.

“Selepas perlawanan di bandar kelahiran saya sendiri, saya telah menerima provokasi dari tempat duduk penyokong,” ujar pemain itu.

“Kebiasaannya saya tidak peduli. Tetapi kali ini [provokasi] melampau, kerana menyentuh perkara berkaitan keluarga saya, isteri saya, dan anak perempuan saya.

“Ketika itulah saya hilang pertimbangan, lebih-lebih lagi perlawanan ini sangay emosi buay saya.

“Bagaimanapun perkara sebegini sememangnya tidak patut berlaku terjadap diri saya. Saya adalah seorang ayah yang mahu menjadi contoh dan teladan.

“Saya memohon maaf dan akan berjanji – tanpa mengira apa jenis hinaan pun – perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.”

Selepas perlawanan, Dresden turut mengkritik penyokong yang bertanggungjawab mencetuskan insiden tersebut, dan berjanji akan menyiasat punca reaksi mengejutkan dari Leistner itu.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.