Seramai 10 pemain Paris Saint-Germain (PSG) terperangkap di dalam lif sebelum diselamatkan oleh anggota penyelamat menjelang perlawanan peringkat kumpulan UEFA Champions League menentang RB Leipzig pada awal pagi tadi.
Pemain dan kakitangan kelab tersebut menginap di GrandHotel Handelshof di Leipzig ketika kejadian tidak diingini tersebut berlaku.
Pemain-pemain PSG dipercayai baru kembali dari latihan akhir sekitar 9 malam (waktu tempatan) ketika insiden tersebut berlaku.
La moitié de l’équipe du PSG bloquée dans un ascenseur !#teampsg #psg
— Paul Vexiau (@PVexiau) November 3, 2020
Antara pemain yang terperangkap di dalam lif ketika kejadian termasuklah Presnel Kimpembe, Leandro Paredes, Angel Di Maria, Marquinhos, Bandiougou Fadiga, Abdou Diallo, Idrissa Gueye, Moise Kean, Colin Dagba dan Kays Ruiz-Atil.
Seorang lagi pemain, Layvin Kurzawa memilih untuk menggunakan tangga ke bilik penginapan, sempat merakan kejadian tersebut sebelum memuat naik usaha anggota penyelamat mengeluarkan rakan-rakannya di Instagram Story.
Klip asal oleh Kurzawa bagaimana pun telah dipadam.
Menurut akhbar Perancis, La Parisien, Kurzawa kedengaran bertanya di dalam video tersebut.
“Adakah semuanya ok?” Beliau kemudian dijawab oleh rakannya dari dalam lif, “Ianya tidak okay, bro!”
PSG once again struggle to reach the next level…
*taps mic* https://t.co/brbc5LcwAZ
— FootballJOE (@FootballJOE) November 4, 2020
Seorang lagi pemain tidak dikenali kedengaran bertanya, “Siapa berada di dalam?” Suara dari dalam lif dengan bunyi ketawa kemudian menjawab, “Neymar! Mbappe!!!”
Sudah tentu kedua-duanya bukan di kalangan pemain yang terperangkap kerana Neymar dan Mbappe masing-masing mengalami kecederaan dan terpaksa disisihkan dari perlawanan tersebut.
Neymar mengalami kecederaan pangkal paha dijangka tidak akan kembali sehingga tamat tempoh kalendar antarabangsa.
Mbappe pula mengalami kecederaan otot ketika membantu PSG menewaskan Nantes dalam saingan Ligue 1 pada hujung minggu lalu.
RB Leipzig have come from behind to lead 2-1 against PSG 👀 #UCL pic.twitter.com/Lib8UP2fd7
— Goal (@goal) November 4, 2020
Dalam perlawanan pada awal pagi tadi PSG mengalami kekalahan kedua dari tiga perlawanan peringkat kumpulan selepas tewas 2-1 kepada RB Leipzig.
Walaupun mendahului seawal minit ke-6 melalui jaringan Angel Di Maria, Leipzg yang sebelum ini dibelasah Manchester United 5-0 di Old Trafford bangkit melalui jaringan Christoper Nkunku dan sepakan penalti Emil Forsberg untuk tiga mata berharga.
Adakah kerana 10 pemain terperangkap di dalam lif punca kekalahan PSG?