Lihat Muka Masam Ronaldo Saat Lewandowski Dinobatkan Pemain Terbaik Dunia

Wajah Cristiano Ronaldo di skrin layar Majlis Anugerah FIFA BEST 2020 tiba-tiba berubah menjadi sebuah potret yang masam selepas nama pemenang Pemain Terbaik Dunia diumumkan pada malam tadi.

Selepas menjaringkan 55 gol untuk membantu Bayern Munich merangkul kejuaraan treble pada musim lalu, Robert Lewandowski dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia selepas menewaskan dua lagi calon finalis, tidak lain dan tidak bukan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Lewandowski diumumkan sebagai pemenang di majlis yang diadakan di Zurich secara maya, tetapi Presiden FIFA Gianni Infantino telah siap terbang ke Munich untuk menyampaikan trofi kemenangan kepada Lewandowski.

Ketiga-tiga calon finalis berada di skrin layar gergasi secara siaran langsung. Dan peminat yang mengikuti siaran tersebut secara siaran langsung pasti dapat melihat perubahan wajah Ronaldo saat Lewandowski diumumkan pemenang.

Penyerang Juventus itu kelihatan kaku termenung sambil kedua-dua tangannya disilangkan.

Satu perkara yang pasti ia amat berbeza jika dibandingkan saat pemain dari Portugal itu memenangi anugerah yang sama pada 2016 dan2017.

Dibandingkan dengan Ronaldo, Messi pula kelihatan tidak terkesan dan gembira dengan kemenangan Lewandoski.

Ini bukan kali pertama Ronaldo kelihatan tidak gembira apabila tidak memenangi hadiah individu paling berprestij di dalam bola sepak ini.

Ketiga-tiga pemain turut termasuk di dalam senarai FIFPro World XI, namun jelas sekali Ronaldo bukan jenis pemain yang gemarkan kekalahan di dalam apa bentuk saingan sekali pun.

Selain daripada Lewandowski, Jurgen Klopp yang membawa Liverpool menjuarai Premier League buat pertama kali dalam tempoh berpuluh-puluh-puluh tahun menjadi jurulatih terbaik dunia buat dua tahun berturut-turut.

Jurgen Klopp menewaskan pengurus Bayern Munich, Hans-Dieter Flick yang jauh jelak cemerlang secara teknikal selepas kedua-dua pengurus ini mendapat jumpah undian yang sama.

Nampak seperti tidak adil buat Hans-Dieter Flick yang menang treble berbanding Klopp 1 je piala namun harus diingat pemenang dipilih berdasarkan undian jurulatih kebangsaan, ketua pasukan kebangsaan dan media dari seluruh negara.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.