Lihat Messi Enggan Berjabat Tangan Dengan Pengadil Kerana Kontroversi VAR

Lionel Messi dilaporkan menolak dan enggan berjabat tangan dengan pengadil perlawanan, Cuneyt Caki selepas kontroversi VAR ketika perlawanan UEFA Champions League diantara Barcelona dan Napoli pada awal pagi tadi.

Messi menjaringkan satu gol untu membantu Barcelona menewaskan Napoli 3-1 untuk mara ke suku akhir dengan agregat 4-2.

Namun gol pemain dari Argentina itu dibatalkan oleh VAR selepas Messi didakwa menyentuh bola sebelum jaringan tersebut dilakukan.

Messi menjangkakan telah menjaringkan gol kedua peribadi dalam perlawanan tersebut sehinggalah Caki membatalkannya selepas menyaksikan ulang tayang video.

Keputusan tersebut nyata tidak diterima oleh Messi dengan baik. Kapten Barcelona itu dilihat menolak untuk berjabat tangan dengan Caki seelpas tamat perlawanan.

Messi yang kelihatan masih kecewa kelihatan menggoyangkan jari telunjuknya kepada pegawai perlawanan itu sebelum berlalu pergi.

Walaupun jaringan tersebut telah dibatalkan, Messi kini telah menjaringkan 27 gol di pusingan ke-16 Champions League, dan Napoli adlah pasukan ke-35 yang dibocori oleh pemain itu di pertandingan tersebut.

Messi kemudiannya memenangi sepakan penalti sebelum tamat babak pertama, hasil gerakan yang memaksa Kalidou Koulibaly kelihatan naif terpaksa menjatuhkan beliau di dalam kotak penalti.

Barcelona akan berhadapan dengan juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich di suku akhir pada minggu hadapan.

Juara Jerman itu menewaskan Chelsea 7-1 secara agregat untuk menempah tempat di suku akhir.

 

 

Sumber: Sportsbible

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.