Heung-Min Son memperlihatkan aksi kerja keras luar biasa apabila berlari pecut dari kawasan lawan sebelum menyelamatkan bola di atas garisan bol dalam perlawanan pra musim menentang Watford.
Namun demikian usaha Son itu gagal mengelak Spurs daripada tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut.
Sekurang-kurangnya selepas usaha oleh pemain antarabangsa Korea Selatan itu, margin kekalahan tidak menjadi 3-1 selepas aksi tangkas pemain itu membuang bola dari garisan gol pada minit ke-92 perlawanan.
Here’s Sonny sprinting the length of the pitch in the 90th minute of a preseason friendly to clear the ball off the line, unreal. pic.twitter.com/3VvXnLl88i
— Hotspur Edition (@HotspurEdition) September 6, 2020
Ketika itu penjaga gol Spurs, Paulo Gazzaniga turut naik ke atas untuk membantu bahagian serangan yang memperolehi sepakan sudut.
Namun Watford berjaya memperolehi bola dan melancarkan serangan pantas melalui Marc Nacarro dari sebelah kiri serangan.
Idea pemain pertahanan itu ialah untuk mencuba dari jauh dan membiarkan bola bergolek ke arah gawang kosong yang ditinggalkan Gazzaniga.
Bola hampir sahaja melintas garisan gol pada ketika Son tiba untuk menafikan gol ketiga Watford dalam perlawanan tersebut – setelah melakukan larian dari kawasan lawan.
🇵🇹 Spurs head coach Jose Mourinho on Tottenham Hotspur attacker Heung-Min Son’s last-minute clearance against Watford in yesterday’s friendly:
❌“Sonny makes a 100-metre sprint to stop the 3-1 on the counter-attack."
🤝 Respect.#THFC #COYS #WATTOTpic.twitter.com/1TqtocS2gp
— Last Word On Spurs🎙 (@LastWordOnSpurs) September 6, 2020
Walaupun perlawanan tersebut tidak membawa apa-apa makna kepada kedua-dua pasukan, namun komitmen Son yang memakai lilitan kapten buat kali pertama buat Spurs harus dipuji.
“Saya harus katakan ia adalah perkara yang positif. Pemain mendapatkan minit diperlukan, dan ada yang beraksi 90 minit,” kata Mourinho selepas perlawanan.
“Kami tetap melawan untuk menjaringkan gol walaupun pada minit akhir perlawanan, dan kemudian Son seolah-olah melakukan larian dalam acara 100 meter untuk mengelak keputusan menjadi 3-1 melalui serangan balas pantas.”
Pemain seperti Son sememangnya adalah pemain yang diimpikan oleh setiap pengurus. Baru-baru ini Mourinho dilaporkan belajar Bahasa Korea untuk memudahkan komunikasi dengan pemain itu.