Lihat Klopp Koyak Dan Mengamuk Dengan Pengadil Sebelum Dilayangkan Kad Kuning

Pengurus Liverpool. Jurgen Klopp kelihatan tidak dapat mengawal perasaannya lagi sebelum melepaskan kemarahan terhadap pengadil perlawanan Kevin Friend, selepas satu pertembungan di antara pemain tidak memihak kepada Liverpool.

Liverpool terlepas peluang terbaik untuk melebarkan kelebihan mata yang dimilikinya di kedudukan teratas, selepas perlawanan membabitkan dua pencabar terdekat, Leicester City dan Manchester United yang berlangsung pada Sabtu berakhir dengan keputusan seri.

Dan hanya ketika perlawanan berlangsung selepas sejam, pengurus dari Jerman itu ‘meletup’ di kawasan sisi padang, dan mulai menghamburkan kata-kata kepada pengadil perlawanan.

Pengurus Liverpool itu dipercayai tidak berpuash hati dengan tindakan pengadil memberikan kelebihan kepada pasukan pelawat selepas terjahan dari Ryhs Williams pada babak kedua.

Friend yang melihat reaksi Klopp seperti melangkaui batas tidak teragak-agak berjalan menuju jurulatih itu sebelum melayangkan kad kuning atas reaksi protes dengan kemarahan melampau.

Perlawanan Liverpool dan West Brom akhirnya berakhir dengan seri 1-1 di Anfield selepas Semi Ajayi berjaya memastikan West Brom mencuri satu mata dari perlawanan ini.

Sadio Mane terlebih dahulu memberikan Liverpool gol pendahuluan yang diperlukan seawal minit ke-12 perlawanan.

Walaupun seri, juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu masih berada di kedudukan teratas liga dengan 32 mata, untuk mengatasi Everton di kedudukan kedua dengan kelebihan tiga mata.

West Brom kini pula memungut lapan mata keseluruhan, hanya lima mata dibezakan dengan kelab di kedudukan tangga tercorot, Everton.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.