Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini disambut dengan suasana penuh berbeza, dengan pematuhan norma baharu ekoran pandemik global yang melanda menjadi keutamaan.
Ini bermakna tiada himpunan secara beramai-ramai seperti saban tahun di Dataran Merdeka, atau di bandaraya-bandaraya seluruh negara seperti kelaziman diadakan.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada malam tadi misalnya mengambil inisiatif menyiarkan secara langsung konsert khas ‘Kita Merdeka 1957 2020’ di Auditorium Perdana, Angkasapuri melalui saluran RTM1 dan MyKlik bermula 10.30 malam, yang dilaksanakan dalam normal baharu tanpa kehadiran penonton.
Ayuh kongsikan erti Merdeka anda bersama kami di platform media sosial! 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Langkah 1: Kongsikan foto atau video secara kreatif mengenai kisah patriotik anda.
Langkah 2: Sertakan caption dengan #MomenNegaraku dan Tag 3 rakan anda untuk mereka kongsikan momen mereka. pic.twitter.com/hnmjSQtCVA
— Jabatan Penerangan Malaysia 🇲🇾 (@JPenerangan) August 28, 2020
Bagaimanapun penghayatan dan sambutan terhadap erti kemerdekaan turut diterjemahkan dalam cara berbeza antaranya menerusi kempen #MomenNegaraku, inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Melalui kaedah digital rakyat Malaysia digalak berkongsi serta memuat naik karya kreatif seperti video, foto, ucapan, teks, nyanyian, lakonan dan tarian unik dengan menyatakan semangat kenegaraan menerusi media sosial.
Turut tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia ialah pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.
https://www.facebook.com/DNAAnfield/videos/812986396156253/
Menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di facebook DNA Anfield, pengurus dari Jerman itu terlebih dahulu memperkenalkan dirinya dan mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan dalam video berdurasi lapan saat.