Pemain midfield Ajax, Dusan Tadic berjaya untuk menjaringkan gol yang cukup padu melalui sepakan percuma terus dalam kotak penalti Midtjylland pada perlawanan awal pagi tadi.
Beliau berjaya melepaskan rembatan yang sangat kencang melepasi benteng pertahanan Midtjylland yang dibarisi oleh hampir kesemua pemain pasukan mereka.
Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol kedua untuk Ajax pada minit ke-13 perlawanan selepas penjaga gol Midtjylland menangkap bola hantaran dari rakan sepasukannya itu sendiri.
Dušan Tadić: “It was difficult. The same as against Atalanta: we went 2-0 up and then lost control. But this time we held on, and the three points are the most important thing. We tried to press them high up the pitch, although it wasn’t always successful but we got the win.'' pic.twitter.com/m0hSGcQA53
— Football 24/7 (@Foet247Europe) November 3, 2020
Selepas pengadil menghadiahkan in-direct free-kick kepada Ajax, kesemua 11 pemain Midtjylland telah berbaris di dalam gawang gol untuk membina tembok yang paling tebal.
Namun ianya tidak cukup tebal untuk menahan bola padu hasil rembatan kencang dari Dusan Tadic.
Tbh… I love this Dusan Tadic's goal 😂😂😂 pic.twitter.com/GOdMZrzKww
— Son of Adam 🔴 (@s_mofficial) November 3, 2020
Tadic membuat larian pendek sebelum melepaskan rembatan kencang menerjah gawang gol Midtjylland. Salah satuk teknik sepakan yang sukar untuk dilakukan.
Pemain sayap, Antony Santos terlebih dahulu telah membuka tirai jaringan untuk Ajax seawal minit pertama permainan selepas menjaringkan gol hasil umpanan dari Dusan Tadic.
Pada minit ke-18 permainan, giliran Midtjylland pula peroleh jaringan pertama mereka menerusi Anders Dreyer untuk mengubah kedudukan menjadi 2-1.
Kedua-dua pasukan gagal untuk mencipta sebarang jaringan pada babak kedua permainan dan perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan Ajax menewaskan Midtjylland 2-1.
Dusan Tadic since joining Ajax in 2018:
🏟 108 games
⚽️ 61 goals
🅰️ 47 assistsThe magic man. pic.twitter.com/VrZbGQ0FHA
— Serbian Football (@SerbianFooty) November 3, 2020
Gol jaringan Dusan Tadic menerusi in-direct free-kick telah menjadi topik perbualan hangat dalam perlawanan ini kerana ianya tugas yang sukar dilaksanakan oleh seseorang pemain.
Tambahan pula, Dusan Tadic bukan lah seorang pemain yang dianggap sebagai pakar bola mati atau lebih tepat sebagai seorang pakar dalam mengambil sepakan percuma.
Menurut kajian dari SPORTbible, Dusan Tadic sama sekali tidak disenaraikan dalam senarai pakar sepakan percuma di zaman modern ini.
Bekas pemain Lyon dan Brazil, Juninho Pernambucano telah dinamakan sebagai salah seorang pengambil sepakan percuma terhebat sepanjang zaman.
Sementara nama lain seperti Cristiano Ronaldo, Roberto Carlos dan Steven Gerrard juga tidak dianggap sebagai pakar dalam sepakan percuma, namun mereka ada kelas mereka yang tersendiri.
FC Mydtjylland had their entire team standing on the goal-line, yet still Dusan Tadic managed to score this.
My captain! 😍🔥 pic.twitter.com/cHsB8Csu3O
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) November 3, 2020
Untuk maklumat, berikut merupakan senarai pakar sepakan percuma hasil kajian dari SPORTbible mengikut susunan kategori masing-masing.
GOAT: Juninho Pernambucano
World Class: David Beckham, Lionel Messi, Sinisa Mihajlovic, Andrea Pirlo
Underrated: Juan Mata, Miralem Pjanic, Thierry Henry, Sebastian Larsson, Ronaldinho, Gianfranco Zola, Morten Gamst Pedersen
Good: Gareth Bale, Didier Drogba, James Maddison, Kevin De Bruyne, Christian Eriksen, Gylfi Sigurdsson, Alessandro Del Piero, David Alaba, James Ward-Prowse
Overrated: Cristiano Ronaldo, Roberto Carlos, Wayne Rooney, Steven Gerrard
Bad: Mario Balotelli, Josip Ilicic, Alvaro Recoba, Junior Stanislas, Memphis Depay