Lihat Hantaran Membelah Bumi Messi Yang Memukau Peminat Seluruh Dunia

Lionel Messi membuktikan bahawa beliau adalah penghantar bola terhebat di muka bumi ini selepas melakukan satu hantaran yang cukup cantik ketika aksi dalam perlawanan menentang Juventus awal pagi tadi.

Lionel Messi melakukan hantaran yang sungguh cantik dan sempurna kepada Ousmane Dembele untuk gol pembukaan Barcelona pada minit ke-14 permainan.

Selain hantaran cantik dari Messi, Ousmane Dembele yang menerima bola hantaran tersebut juga telah menjaringkan gol yang sungguh cantik untuk Barcelona.

Pemain sayap Perancis itu telah berjaya meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-14 dengan jaringan yang cantik selepas beliau menggelecek beberapa pemain pertahanan Juventus sebelum melepaskan rembatan padu yang tertempias ke kaki pemain lawan sebelum menerjah gawang gol tuan rumah.

Walau menjaringkan gol yang cantik, kebanyakkan peminat lebih tertumpu kepada hantaran yang dilakukan oleh pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu.

Messi yang ketika itu berada di sudut sebelah kiri tengah padang telah menerima bola hantaran dari pemain muda berusia 17 tahun, Pedri, dan dengan tanpa perlu menyentuh bola tersebut, beliau berjaya melakukan hantaran melencong yang cukup cantik tepat ke arah Ousmane Dembele.

Kebiasaannya pada pemain lain, mereka mungkin hanya akan melakukan hantaran mudah untuk mengekalkan penguasaan bola dan tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan hantaran yang berisiko seperti apa yang Messi lakukan dalam perlawanan ini.

Namun, seperti semua sedia maklum, Messi bukanlah seperti pemain biasa, beliau merupakan pemain yang mempunyai vision dan accuracy yang luar biasa hebat.

Ianya sangat menakjubkan dan berbaloi untuk menyaksikan hantaran Messi itu berulang kali, teknik dan pergerakan bola sungguh mengagumkan.

Para peminat begitu teruja menyaksikan Messi melakukan hantaran tersebut dan kebanyakkan mereka memberi pujian kepada bintang Argentina itu di laman twitter kerana mempamerkan aksi hantaran yang begitu hebat.

Harapan peminat untuk menyaksikan Messi kembali bertemu seteru lamanya Cristiano Ronaldo tidak kesampaian kerana bintang Portugal itu disahkan positif Koronavirus sekali lagi.

Pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan dijangkiti wabak tersebut ketika beliau dalam tugas bersama skuad kebangsaannya dan beliau juga dilaporkan tidak mengalami sebarang gejala.

Juventus terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Merih Demiral dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-85 permainan.

Lionel Messi memastikan kemenangan milik Barcelona dengan menjaringkan gol menerusi sepakan penalti di masa kecederaan untuk kemenangan Barca menewaskan Juventus 2-0.

Barcelona dan Juventus dijadualkan akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan pada 8 Disember nanti.

Para peminat sangat berharap agar Messi dan Ronaldo akan kembali beraksi di atas padang yang sama dalam perlawanan itu nanti.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.