Selepas setahun bersama Fagiano Okayama yang beraksi di J League 2(JL2) Hadi Fayydh diberikan lagi kontrak lanjutan selama setahun pada disember 2019.
Menurut satu kenyataan daripada kelab Fagiano Okayama, lanjutan kontrak setahun diberikan selepas mereka melihat potensi dimiliki Hadi sebagai penyerang dan komitmen ditunjukkan sepanjang bersama mereka sebelum ini.
Memasuki tahun kedua bersama Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh masih belum mendapat peluang untuk beraksi di J League 2 walaupun dari bangku simpanan.
Namun Fayyadh tidak berdiam diri dan membuktikan keupayaan beliau baru-baru ini dengan meledak hatrik dalam satu perlawanan persahabatan.
Penyerang tinggi lampai, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak tampak mula menuai hasil ‘perguruan’ di Jepun apabila meledak hatrik dalam perlawanan latihan menentang skuad Bawah 18 tahun (B-18) Fagiano Okayama, baru baru ini.
Penyerang yang beraksi bersama skuad utama Fagiano Okayama itu turut menghasilkan satu hantaran gol sekali gus memberikan indikasi prestasinya semakin meningkat jika hendak dibandingkan pada tahun lalu.
Malah Hadi semakin mendapat kepercayaan daripada jurulatih pasukan apabila beraksi penuh pada perlawanan terbabit dengan hatriknya membantu pasukan senior membelasah barisan pemain muda Fagiano Okayama dengan keputusan 5-0.
Dan peningkatan prestasi Hadi Fayyadh bukan sahaja di dalam padang, tetapi juga di luar padang. Prestasi dan kebolehan yang dimaksudkan ialah untuk bertutur dalam Bahasa Jepun.
Dalam temubual santai bersama pegawai media kelab baru-baru ini, Hadi Fayyadh berkongsi akan makanan kegemaran beliau kepada peminat.
Hadi kelihatan yakin dan fasih menjawab setiap soalan yang diajukan dalam temubual tersebut. Saksikan sendiri video temubual Hadi melalui pautan di atas.