Lihat Gol Thunderbolt Padu Reece James Bantu The Blues Benam Brighton

Aksi Chelsea dengan deretan pemain baharu yang dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas ini nyata menjadi tumpuan.

Namun Frank Lampard hanya menurunkan dua pemain baharu Chelsea, Timo Werner dan Kai Havertz di kesebelasan utama.

Berdasarkan ramalan awal, Chelsea tidak akan berdepan masalah untuk mengutip 3 mata penuh ke atas Brighton & Hove Albion.

Lampard dan Chelsea yang dikritik Jurgen Klopp kerana berbelanja mewah sekaligus dalam satu musim dan bukan musim demi musim seperti Liverpool telah membelanjakan 200 juta pound untuk mendapatkan pemain baharu dan pulangan awal tampak meyakinkan.

Timo Werner, yang dibeli dengan harga 53 juta pound (RM282 juta) dari RB Leipzig, mendapatkan penalti yang disempurnakan kapten pasukan, Jorginho bagi meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-23 perlawanan

Kai Havertz, yang berhijrah dengan harga 70 juta pound (RM372 juta) dari Bayer Leverkusen, bagaimana pun gagal memberi impak seperti yang diharapkan.

Tetapi Lampard mempertahankan penampilan pertama pemain itu dan yakin akan ada hari mendatang lebih baik daripada penyerang muda Jerman itu.

Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga sekali lagi melakukan kesilapan apabila Leandro Trossard menyamakan kedudukan buat Brighton pada minit ke-54 perlawanan.

Reece James bagaimanapun pantas mengembalikan kelebihan kepada Chelsea apabila rembatan deras dari jarak 35 meter menewaskan Matt Ryan seminit selepas gol penyamaan Brighton.

Percubaan Kurt Zouma yang membias ke gawang mengesahkan mata penuh buat Chelsea yang mudah menundukkan Brighton 3-1 untuk kemenangan pertama dari perlawanan pertama pada musim ini.

 

Barisan pemain

Brighton XI: Ryan, White, Webster, Dunk, Lamptey, Lallana, Bissouma, Alzate, March, Maupay, Trossard.

Subs: Stephens, Gross, Jahanbakhsh, Steele, Burn, Veltman, Connolly.

 

Chelsea XI: Kepa, James, Christensen, Zouma, Alonso, Loftus-Cheek, Jorginho, Kante, Havertz, Werner, Mount.

Subs: Rudiger, Barkley, Abraham, Caballero, Giroud, Hudson-Odoi, Azpilicueta.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.