Lihat Gol Spektakular Melencong Dari Lee Tuck Bantu Penyu Benam PDRM

Pemain import Terengganu FC sememangnya dikenali sebagai pemain yang kerap menghasilkan gol spektakular dari jarak jauh.

Dua tahun yang lalu misalnya Lee Tuck menjaringkan dua gol dari luar kotak penalti untuk membantu Terengganu membelasah Selangor dengan jaringan 4-0.

Salah satu dari jaringan tersebut hadir dari bahagian tengah padang.

Dan jika anda adalah seorang penyokong tegar pasukan Terengganu, kami yakin anda boleh mengingat lebih banyak perlawanan di mana pemain berbangsa Inggeris ini menghasilkan jaringan sepektakular begini.

Terengganu FC vs PDRM FA

Dalam perlawanan diantara Terengganu vs PDRM FA pada malam tadi, kapten pasukan skuad penyu ini sekali lagi menghasilkan satu jaringan spektakular.

Kali ini jaringan terebut dilakukan dari sebelah kiri serangan pasukan Terengganu. Lee Tuck yang memperoleh bola di bahagian sayap, melepaskan satu rembatan kaki kanan yang terus menerjah ke jaring menewaskan penjaga gol PDRM FA, Mohamad Farzlt Muhamamd.

Anda boleh menyaksikan

https://www.facebook.com/leetuck11xfootball/videos/343740910286494/?__xts__%5B0%5D=68.ARA3PATIcivjEASXYaw7u6ddSdhdwQ9_kmAIE58Zj8I0BqEEMnM7XCQrZXIDsUFmkTSmPwm-cQqhWtno6BNLGNnCEvg_qu-1aU2bLNE_GPUgDd8njvIuCsAncnlZYmNYatwc7-yvoxN5g-vr2NzzsXZ5IwY-vHqjMuMDOI4KnRq5-V6pVHb2wUcSpMHt_6vgPQkA1qtMzhnXJ17xKJWMU6yBEubL5qTktx5y7zDKESb5yIXAxzBpmNKwZ7zopO8HV4yQkByD0yKhmJujGyAqUfxXvijWbNiV5AY1T_edntE-ZZQejug6wqP42FiY2BmCNH6COWXVPS7ma8092mNp-ppjB4dzVRwxzck&__tn__=-R

 

Terengganu yang tewas dalam perlawanan sebelum ini memulakan perlawanan dengan garang apabila mendahului pada minit ke-13 menerusi Muhammad Faris Ramli.

Lee Tuck yang beraksi cemerlang dalam perlawanan ini melakukan umpanan tepat menemui pemain import dari Singapura itu sebelum menewaskan penjaga gol.

Faris kemudian dijatuhkan oleh pemain pertahanan pasukan pelawat, Ahmad Syahmi Shukri untuk membenarkan Lee Tuck menyempurnakan sepakan penalti sekali gus melebarkan kelebihan buat Terengganu.

Kemudian Terengganu memperoleh gol ketiga pada minit ke-45 menerusi sepakan lencong menarik Tuck dari jarak kira-kira 25 meter yang menerjah ke penjuru kiri gawang pelawat untuk mengukuhkan kedudukan 3-0.

Pada minit ke-74 Faris sekali lagi berjaya menambah jaringan keempat pasukannya yang juga gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini apabila menanduk masuk bola hantaran Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.