Lionel Messi menjaringkan gol, jaringan yang dianggap hanya Messi mampu melakukannya untuk memberikan Barcelona kelebihan 2-0 dalam perlawanan menentang Napoli pada awal pagi tadi.
Barcelona mendahului 1-0 melalui jaringan Clement Lenglet. Kemudian melalui gerakan dari sayap kanan, Messi berjaya mengelak sehingga lima hadangan dari pemain lawan.
Situasi tersebut menyebabkan Messi hilang imbangan badan, namun tidak menghalang pemain dari Argentina itu untuk bangkit kembali untuk melencongkan bola ke penjuru gawang.
Mungkin ada yang akan mengatakan faktor nasib telah membantu gol tersebut. Namun atas usaha dan kesungguhan beliau, Messi selayaknya memperolehi nasib sebegitu.
Dalam situasi tersebut, Messi boleh sahaja terus kekal terbaring dan meminta penalti.
Namun kapten Barcelona itu meneruskan apa yang dimulakannya untuk gol ke-634 dari 731 penampilan bersama gergasi Catalan itu.
Jaringan tersebut adalah ‘wonder gol’ dari Messi yang berada di tahap terbaik. Messi kemudiannya dinafikan oleh VAR untuk gol kedua peribadi.
11 – All 11 @FCBarcelona players touched the ball in the build-up to their second goal against Napoli (Messi, 23'). Team.#UCL #BarçaNapoli pic.twitter.com/1kMKlIuuEJ
— OptaJorge (@OptaJorge) August 8, 2020
Messi kini telah menjaringkan 27 gol di pusingan ke-16 Champions League, dan Napoli adlah pasukan ke-35 yang dibocori oleh pemain itu di pertandingan tersebut.
Messi kemudiannya memenangi sepakan penalti sebelum tamat babak pertama, hasil gerakan yang memaksa Kalidou Koulibaly kelihatan naif terpaksa menjatuhkan beliau di dalam kotak penalti.
Messi with an absolute sensational goal.. He's not human. #BarcaNapoli #BarNap pic.twitter.com/6nMJZ59Jnv
— Saquon. (@IAmSaquon) August 8, 2020
Sepakan penalti tersebut bagaimanapun diserahkan oleh Messi kepada Luis Suarez untuk disempurnakan.
Penyerang Uruguay itu menjadikan kedudukan 4-1 secara agregat dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Lorenzo Insigne kemudian turut menyempurnakan sepakan penalti untuk Napoli untuk merapatkan kedudukan kepada 4-2, namun ia tidak membawa apa-apa makna lagi.
Maka benarlah kata Gennaro Gattuso. Napoli harus memanjat Gunung Everest terlebih dahulu sebelum mampu menewaskan pasukan seperti Barcelona.