Bagi Luqman Hakim Shamsuddin, perguruan beliau bersama Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) sepatutnya sudah lengkap.
Kini terpulang kepada beliau untuk menampilkan apa yang beliau telah perolehi selama beberapa tahun di AMD.
Bagi seorang pemain muda seperti Luqman, peluang beraksi di Eropah tidak seharusnya dipersiakan. Apatah lagi peluang sebegitu tidak mudah diperolehi.
Ramai yang melihat pemergian Luqman secara skeptikal kerana ragu beliau akan berjaya di sana
Namun itulah yang dibuktikan oleh Luqman pada hari ini. Sekurang-kurangnya buat masa ini, Luqman bermula dengan baik sekali.
🙌 WHAT A DEBUT! 🙌
First game, first goal for Luqman Hakim! 😍
🔴⚪️ #COYR pic.twitter.com/b3lZLHJhyg
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) September 5, 2020
Setelah tampil bersama skuad B-21 KV Kortrijk dalam satu perlawanan persahabatan sebelum ini, dan berjaya menjaringkan gol, kali ini Luqman melakukannya bersama skuad senior kelab Belgium itu pula.
Dalam aksi tersebut, penyerang berusia 18 tahun itu mencetak satu gol untuk membantu kelabnya menewaskan BX Brussel, 2-1.
Meskipun sekadar satu lagi perlawanan persahabatan, sentuhan tersebut pasti akan menambah keyakinan anak muda ini, setelah berjaya membuktikan kemampuan di hadapan pengurus pasukan, Yves Vanderhaeghe.
That feeling when you score your first goal! 😍🙌
🔴⚪️ #WeDoenVoort pic.twitter.com/cYaDGvn6B8
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) September 6, 2020
“Perlawanan pertama sangat bagus walaupun sukar untuk saya kerana ini adalah kali pertama bagi saya beraksi di Eropah.
“Setiap pemain ‘push, push, push’ dan ia bagus untuk saya belajar (gaya) permainan di Eropah. Saya sangat gembira menjaringkan gol pertama ini untuk skuad utama… saya amat gembira.
“Sukar di sini untuk saya. Sangat susah. Jadi, saya perlu ‘push’ diri saya dan tidak berputus asa,” katanya menerusi video temubual yang dikongsikan kelabnya di laman rasmi Facebook KVK.
KV Kortrijk yang kini berada di kedudukan ke-4 Jupiler Pro League selepas empat perlawanan bakal berhadapan dengan R.Excel Mouscron pada 14 September, sebelum berkunjung ke tempat lawan menentang Standard Liege pada minggu berikutnya.
Sudah pasti kita semua sudah tidak sabar menanti debut Luqman di Liga Belgium. Sehingga itu, kita doakan yang terbaik buat Luqman.