Lihat Gol Lencongan Jarak Jauh Cornet Yang Buat Ederson Terpacak Sahaja

Maxwel Cornet menjaringkan gol yang melencong dari jarak jauh untuk memberikan Lyon gol pendahuluan pada babak pertama menentang Manchester City.

Cornet dengan yakinnya melakukan percubaan cantik tersebut pada minit ke-24 perlawanan pertemuan suku akhir di antara kedua-dua pasukan pada Sabtu itu.

Penyerang antarabangsa Ivory Coast itu menggunakan kaki kirinya untuk merembat masuk bola dari luar kotak penalti.

Jaringan berpunca daripada hantaran yang mencari Toko Ekambi. Bola tersebut bagaimanapun dihadang oleh Eric Garcia, sebelum bola bergolek ke arah Cornet.

Hanya dengan satu sentuhan sahaja, Cornet melencongkan bola dengan rendah melintasi Dembele, Laporte dan Ederson yang hanya mampu memerhati sahaja bola menerjah jaring.

Gol tersebut adalah yang keempat buat Cornet dalam tiga perlawanan menentang City.

Tiga daripada gol tersebut dihasilkan dalam pertemuan kedua-dua pasukan di pertandingan sama pada musim lalu.

Lebih menarik, Cornet sebenarnya gagal menjaringkan sebarang gol dalam UCL musim ini, sehinggalah aksi berdepan dengan City, Cornet menjaringkan gol sekali lagi.

Cornet melakukan rebound yang cantik sebaik sahaja mendapat bola yang cuba dikeluarkan oleh Eric Garcia.

Ia adalah atu teknik yang sangat baik daripemain itu. Jika tidak cukup bagus bola itu boleh tersasar. Rembatan itu melencong dari luar dan masuk ke dalam near post.

Sudah pasti eyakinan Cornet juga banyak membantu beliau dalam menghasilkan gol tersebut.

Demi memastikan Lyon dapat beraksi di saingan sama pada musim akan datang, Cornet kini harus memastikan Lyon bergelar juara.

Lyon gagal melayakkan diri ke pertandingan elit eropah ini pada musim depan apabila gagal layak melalui saingan Ligue 1.

Lyon akan berhadapan dengan Bayern Munich di separuh akhir pada pagi Khamis, manakala PSG dan RB Leipzig akan beraksi lebih awal pada pagi Rabu waktu Malaysia.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.