Lihat Gol Kike Garcia Yang Gamamkan Thibaut Courtois

Eibar mungkin pasukan kerdil jika dibandingkan dengan deretan bintang yang dimiliki oleh Real Madrid.

Walaupun tewasdenga jaringan 3-1 dalam perlawanan semalam, ini tidak bermakna mereka gagal melakar sesuatu, terutama gol menakjubkan oleh Kike Garcia yang menggamamkan langsung Thibaut Courtois.

Dalam perlawanan ini Karim Bezema terlebih dahulu meletakkan Real Madrid di hadapan.

Skuad Zinedine Zidane sememangnya berada di dalam tekanan menuju Disember selepas beberapa keputusan perlawanan tidak menentu.

Benzema nyata agresif dalam permainannya sejak wisel permulaan, dan pemain penyerang itu menghasilkan jaringan selepas menyempurnakan gerakan dari Rodrygo.

Real Madrid terus melebarkan kedudukan kemudian, apabila giliran Luka Modric mencetak nama sebagai penjaring – kali ini assist oleh Benzema.

Seelepas itu giliran Eibar pula menggoncang keyakinan Real Madrid melalui gol jaringan Kike Garcia.

Memperolehi bola di luar kotak penalti di sebelah kiri serangan, pemain itu melencongkan bola dari sudut yang sudah tertutup untuk menewaskan Courtois.

Reaksi Garcia selepas jaringan dilakukan sudah cukup untuk menjelaskan betapa cantiknya jaringan tersebut. Beliau sendiri mungkin tidak percaya dengan apa yang telah dilakukannya.

Bibit-bibit kebangkitan Eibar bagaimanapun terpadam pada babak kedua perlawanan apabila Benzema sekali lagi menajadi duri dalam daging.

Kali lini penyerang dari Perancis itu menghasilkan satu lagi bantuan gol untuk disempurnakan oleh Lucas Vazquez untuk menjadikan kedudukan 3-1 sehingga tamat perlawanan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.