Buat apa tunggu lama-lama kalau boleh buat sekarang. Itulah perkara yang dilakukan oleh penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsuddin apabila menjaringkan gol pertamanya untuk KV Kortrijk.
Dan berdasarkan keyakinan pemain itu selama ini, perkembangan ini bukanlah perkara yang mengejutkan.
Luqman menghasilkan gol tersebut untuk skuad Bawah-21 KV Kortrijk dalam perlawanan menentang KRC Gent.
Bagaimanapun gol tersebut gagal membantu KV Kortrijk apabila tewas 4-1 kepada lawan mereka dalam perlawanan tersebut.
Berdasarkan video yang dikongsikan oleh kelab Belgium itu, Luqman memanfaatkan kesilapan yang dilakukan pertahanan KRC Gent sebelum menjaringkan gol.
Hakim Luqman scored his first goal on European soil for our U21 (@kvkjeugd) in a 1-4 loss against KRC Gent.
Congrats, Hakim!
🔴⚪ #WeDoenVoort pic.twitter.com/TARkgNNd4J
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) August 27, 2020
Gol tersebut terhasil selepas Luqman menekan pertahanan KRC Gent sehingga pemain lawan kehilangan bola dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk Luqman melakukan rembatan sekali gus menghadiahkan gol pertama buat KV Kortrijk.
Gol tersebut membuktikan penyerang muda negara ini mempunyai ketajaman sebagai pemain No.9 pasukan apabila dengan bijak menghidu peluang sedemikian.
A good quality game highlights of the senior team vs a potato quality of Luqman Hakim's @kvkofficieel Under-21 goal. pic.twitter.com/jJ1JiBJ1J2
— Lee Seng Foo🇲🇾李成富 (@sengfoo88) August 27, 2020
Walaupun tewas dalam perlawanan tersebut, permulaan positif ini amat berguna untuk pemain muda seperti Luqman membangkitkan keyakinan diri sekaligus berusaha untuk bersaing dengan pasukan utama selepas ini.
Luqman berlepas ke Belgium dua minggu lepas, setelah menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan division Satu KV Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan.
Buat Luqman Hakim, selamat maju jaya dan teruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik di eropah.
Untuk menyaksikan gol Luqman Hakim melalui pautan di atas, kami sarankan anda guna mode fullscreen.
Semoga KV Kortrijk tidak kedekut pasang kamera lebih canggih juga selepas ini.