“Roy Keane dengan gol oleh seorang kapten untuk Manchester United,” teriak pengulas Clive Tyldsley apabila Manchester United kembali bangkit menentang pasukan pilihan Juventus.
“Perlawanan di Barcelona berikutnya menunggu!”
Gol daro Roy Keane dan Dwight Yorke pada malam itu berjaya mengikat kedudukan sebelum Andy Cole memastikan semuanya lancar untuk skuad kendalian Alex Ferguson.
United bangkit dari ketinggalan untuk mengesahkan pertemuan dengan Bayern Munich di perlawanan akhir.
Walaupun tanpa Roy Keane dan Paul Scholes dalam perlawanan menentang Bayern, skuad Red Devils tetap bergelar juara eropah pada ketika itu untuk melengkapkan treble – pencapaian terbaik sepanjang sejarah Manchester United.
Ia juga menjelaskan pelbagai karakter yang ada dalam skuad United pada ketika itu seperti Peter Schmeichel, Jaap Stam dan Gary Neville.
Barisan hadapan United pula dibarisi oleh empat pemain yang mampu memberikan masalah kepada mana-mana pasukan seperti Ole Gunnar Solskjaer, Teddy Sheringham, Dwight Yorke dan Andy Cole.
Tetapi ianya adalah kerana semangat keseluruhan pasukan yang memastikan skuad Ferguson pada ketika itu dianggap sebagai pasukan terbaik eropah dan dunia.
Gol minit akhir dan semangat kebersamaan di bilik persalinan, seperti yang ditampilkan selepas kemenangan ke atas Juventus di Turin pada malam tersebut jelas adalah antara faktor kejayaan pada musim tersebut.
Klip ini menunjukkan bagaimana pengaruh positif Dwight Yorke, kegembiraan Alex Ferguson dan Bobby Charlton yang mengucapkan tahniah kepada semua pemain.
Keane dan Schole pula mungkin kesedihan kerana tidak akan beraksi di perlawanan akhir.