Lihat Dua Jaringan Super Hebat Messi Bantu Barca Benam Granada 4-0

Lionel Messi menjaringkan dua gol yang luar biasa hebat termasuk satu dari sepakan percuma bantu Barcelona membenam Granada 4-0.

Barcelona terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 permainan menerusi Antoine Griezmann.

Gol tersebut dibantah oleh pemain Granada yang mendakwa Griezmann berada dalam kedudukan offside, namun pengadil perlawanan tetap membenarkan jaringan tersebut untuk Barca mendahului permainan 1-0.

Gol pertama dari ketua pasukan Barcelona itu pula hadir pada minit ke-35 permainan hasil rembatan padu dari dalam kotak menerjah sudut atas jaring gawang gol Granada.

Ia merupakan satu jaringan yang cukup cantik dari Messi yang membawa bola masuk ke dalam kotak dan melepaskan rembatan padu mencari sudut atas gawang gol lawan.

Griezmann ketika itu melorongkan bola kepada Messi sebelum pemain Argentina itu melakukan hanya beberapa sentuhan sahaja lalu melepaskan rembatan untuk gol kedua Barca dalam perlawanan ini.

Beberapa minit selepas itu, pemenang enam kali gelaran ballon d’or itu meledak lagi untuk Barca kali ini menerusi sepakan percuma yang cukup bijak.

Granada membariskan hampir kesemua pemain mereka dalam kotak penalti ketika Messi mahu mengambil sepakan percuma itu.

Messi dengan tenang menemui ruang dan melepaskan rembatan rendah melepasi barisan tembok pertahanan Granada lalu menerjah jaring gawang gol untuk Barca mendahului permainan dengan 3-0.

Messi sepertinya sudah menemui sentuhan magis beliau dengan menjaringkan dua gol cantik itu untuk membantu Barca mendahului babak pertama permainan dengan keputusan 3-0.

Masuk babak kedua permainan, Antoine Griezmann sekali lagi merobek gawang gol Granada lalu melengkapkan kemenangan 4-0 Barcelona menewaskan skuad kendalian Diego Martinez itu.

Pemain berusia 33 tahun itu kini sudah menjaringkan 11 gol dalam saingan La Liga dan menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Barcelona berjaya mendapatkan rentak kemenangan mereka dan terus mengutip tiga mata penuh untuk kembali bersaing dalam merebut kejuaraan saingan La Liga.

Gergasi Catalan itu kini berada di kedudukan ketiga dalam saingan La Liga dengan mengumpul 34 mata dari 18 perlawanan.

Walau mereka sepertinya sukar untuk mengejar kedudukan Atletico Madrid, namun tiada yang mustahil untuk dilakukan memandangkan perjalanan liga masjh panjang.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.