Lihat Dimitri Payet Tabur Garam, Seluruh Marseille Gembira PSG Kalah

Bintang Marseille Dimitri Payet tidak berselindung menabur garam kepedihan untuk Paris Saint-Germain (PSG) yang tewas 1-0 kepada Bayern Munich di perlawanan akhir Champions League.

Marseille adalah satu-satunya kelab dari Perancis yang pernah muncul juara pertandingan elit kelab eropah ini, dan berkemungkinan terpaksa berkongsi rekod dengan PSG jika menang ke atas Bayern Munich pada Isnin lalu.

Bekas pemain West Ham, Payet, jelas antara mereka yang gembira melihat anak buah Thomas Tuchel tersungkur di Lisbon dengan memuat naik sebuah video yang dirakam olehnya sendiri.

Dalam video tersebut Payet menampilkan logo PSG dengan bintang di atasnya – simbolik kejayaan di Eropah.

Payet kemudiannya mengatakan tidak dan menyampaikan mesej bahawa Marseille masih satu-satunya kelab dari Perancis yang memiliki bintang tersebut.

Seluruh Marseille rai kegagalan PSG

Bola sepak moden pada hari ini menjadi semakin aneh. Penyokong kini suka meraikan kegagalan pasukan seteru sepertimana mereka meraikan kejayaan pasukan sendiri merangkul kejuaraan.

Kalau penyokong Liverpool, Man Utd dan kelab EPL yang lain mereka suka troll di media massa. Tapi setakat tu je lah. Keyboard warrior.

Penyokong Marseille pula another level. Mereka membanjiri jalanan kerana PSG gagal meraih kejuaraan di Eropah!

Sambutan diwarnai dengan bunga api dan di media sosial #AJamaisLesPremiers (Bukan yang pertama) menjadi trending.

Tidak kurang 5,000 penyokong PSG juga dikhabarkan berkumpul di Parc des Princes untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka melalui siaran layar gergasi.

Bayern Munich muncul juara eropah buat kali keenam pada hujung minggu lalu selepas menewaskan PSG 1-0 hasil jaringan tunggal Kingsley Coman.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.