Lihat Blunder Penjaga Gol Leverkusen Jaring Gol Sendiri Terbaik Abad Ini

Manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Adakalanya kesilapan itu amay mudah. Akibat yang ditanggung pula besar.

Hasilnya seribu penyesalan. Perasaan seperti disusuk sembilu. Ia ibarat kesakitan yang diakibatkan luka yang tidak pandai berhenti mengalir darah.

Sekurang-kurangnya itulah perasaan penjaga gol Bayer Leverkusen, Lukas Hradecky sepanjang babak kedua perlawanan menentang Arminia Bielefeld dalam aksi Bundesliga pada awal pagi tadi.

Mujurlah rakan sepasukan, A.Dragovic berjaya menghasilkan gol kemenangan pada babak akhir perlawanan untuk penjaga gol dari Slovakia itu menarik nafas kelegaan.

Lukas Hradecky mengejutkan ramai dengan insiden yang dianggap ‘gila’ selepas menjaringkan gol sendiri yang dilabel sebagai ‘gol sendiri terhebat abad ini.’

Berpunca dari satu hantaran ke belakang, Hradecky sepatutnya dengan mudah melakukan clearance.

Sukar untuk menyelami pemikiran Hradecky pada ketika itu. Beliau bertindak menghayunkan kakinya dan menyepak bola secara kilas – outside of the boot – dengan sepenuh hati.

Tindakan berisiko dan di luar norma pemikiran seorang penjaga gol itu menyebabkan bola melantun terus ke arah gawangnya sendiri yang sedia ternganga tanpa kawalan.

Hradecky hanya mampu tunduk ke arah rumput selepas membenarkan Arminia Bielefeld kembali ke dalam perlawanan.

Tetapi gol tersebut cukup untuk menjadikan perlawanan di Jerman itu mencuri tumpuan media sosial.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.