Lihat Blunder Farizal Marlias Yang Nyaris Mencetuskan Kebangkitan Pahang

Perlawanan membabitkan pasukan Pahang menentang JDT kebiasaannya menjanjikan perlawanan yang menarik, rancak, dan panas – salah satu elemen yang perlu diperbanyakkan lagi dalam Liga Malaysia.

Namun menuju ke perlawanan pada malam tadi, Pahang jelas pasukan yang tempang dengan ketiadaan beberapa tonggak utama termasuk Mohomadou Sumareh yang hilang dengan misteri.

Dollah Salleh berkata Sumareh menghilang sejak sebulan yang lalu dan kelibat beliau turut tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu akan berjumpa dengan pihak pengurusan dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat mengenai kehilangan Sumareh.

Harimau Selatan mengganas

Tetapi semua eforia itu hanya berlaku untuk 35 minit pertama perlawanan. Skuad Harimau Selatan seolah-olah mengganas di kandang lawan apabila menjaringkan gol pertama seawal minit ke-5 melalui pemain import, Leandro Velazquez hasil sepakan percuma yang menewaskan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Selang sembilan minit kemudian, skuad kendalian Benjamin Mora terus melebarkan kelebihan yang mereka miliki pada minit ke-14.

Kali ini pintu gol tuan rumah dibolosi kali kedua yang dijaringkan oleh penyerang muda, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman yang melakukan larian cantik untuk mendapatkan hantaran dari tengah, menewaskan beberapa pemain Pahang termasuk penjaga gol, sebelum menyepak bola ke dalam gawang yang kosong.

Keadaan kelihatan semakin parah buat Tok Gajah selepas itu apabila penyeang import kelahiran Argentina, Gonzola  mudah menyempurnakan penalti selepas Muhammad Ramadhan dijatuhkan oleh Herold Goulon pada minit ke-34.

Kesilapan Farizal Marlias

Walaupun sudah selesa mendahului 3-0, Tok Gajah seolah-olah memperolehi tonik kebangkitan pada 6 minit terakhir babak pertama perlawanan.

Ianya berpunca daripada kesilapan Farizal Marlias yang dicuri bola oleh Mohd Faisal Abdul Halim dari celah kaki bagi meletakkan kedudukan 1-3 pada minit ke-39.

Dan sebelum separuh masa pertama ditamatkan pengadil, Farizal sekali lagi ditewaskan – kali ini melalui tandukan oleh Herold Goulon untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Selaku penjaga gol kebangsaan, Farizal sepatutnya mampu bertindak lebih baik untuk dibolosi oleh kedua-dua gol tersebut. Ntah berapa kali Farizal dibocori melalui near post – perkara tidak baik untuk penjaga gol.

Seperti dijangka Pahang yang ketinggalan 2-3 pada babak pertama berusaha mendapatkan gol penyamaan tetapi pertahanan kental JDT menggagalkan usaha itu.

Misi skuad Tok Gajah untuk sekurang-kurangnya mengikat skuad Harimau Selatan gagal apabila terpaksa akur tewas 2-3 di halaman sendiri.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.