Bekas kapten pasukan kebangsaan Rusia, Roman Shirokov kini berhadapan dengan pendakwaan jenayah selepas menyerang pengadil dalam satu perlawanan bola sepak.
Shirokov memiliki 57 caps dan menjaringkan 13 gol untuk negaranya dan pernah beraksi di tiga Kejohanan Eropah (Euro) sepanjang tempoh itu.
Pada 2008, Roman Shirokov memenangi Piala UEFA bersama Zenit St. Petersburg.
Dan pada usia 39 tahun pada hari ni Shirokov beraksi di kejohanan amatur yang berlangsung pada Isnin lalu. Shirokov beraksi untuk Match TV, syarikat televisyen di mana beliau bertugas sebagai pengulas.
Di peringkat suku akhir Shirokov beraksi di samping bekas pemain tengah Spartak Moscow, Andrey Tikhonov dan beberapa pengulas televisyen yang lain.
Here's what former Russia star Roman Shirokov did to a referee in the yesterday's amateur league match after not being awarded a penalty he thought he earned. pic.twitter.com/tkSGHVBNo0
— Artur Petrosyan (@arturpetrosyan) August 11, 2020
Shirokov marah dengan pengadil perlawanan apabila tidak diberikan sepakan penalti apabila dijatuhkan.
Selepas berdiri kembali setelah dijatuhkan, Shirokov menjerit ke arah pengadil, Nikita Danchenko. Tindakan Shirikov itu membuatkan Danchenko meluru ke arah pemain itu untuk melayangkan kad amaran.
Pemain lain yang menjadi saksi kejadian berkata bekas pemain Zenit itu mengancam Danchenko dan berkata: “Jika anda melayangkan kad merah, saya akan bagi kamu ini (sambil menunjukkan penumbuk).”
Dan selepas Danchenko memberikan kad merah, Shirokov terus hilang kawalan menumbuk muka Danchenko sehingga pengadil itu rebah ke permukaan padang. Tidak berkenti di situ, Shorokov turut menyepak Danchenko di perut.
Pemain lain segera menghalang tindakan Shirokov sebelum Danchenko menerima rawatan di tepi padang dan ambulan kemudiannya turut dipanggil.
The referee Nikita Danchenko plans to go to the police but fears his career might be over as "Shirokov has too many connections."
Shirokov only apologised this morning.
He's been suspended from all @Matchtv activity where he is an expert. pic.twitter.com/9yB6YVQnXT— Artur Petrosyan (@arturpetrosyan) August 11, 2020
Menurut laporan dari Rusia, Danchenko mengalami patah tulang kening dan mengalami lebam di beberapa bahagian muka dan badan lain. Perlawanan tersebut kemudiannya ditangguhkan.
Insiden yang berlaku di Kejohanan Piala Selebriti Moscow itu dianggap memalukan oleh penganjur, German Popkov.
“Terdapat episod luar biasa, Roman tidak bersetuju dengan pengadil dan kemudian kejadian pukul memukul,” ujar Popkov.
“Perkara ini langsung tidak boleh diterima, jijik dan teruk. Ia sikap yang amat pelik. Ramai menyaksikannya secara langsung, setiap pihak dari pelbagai sudut. Dan perkara ini dilakukan oleh seseorang yang kita anggap sebagai sahabat.”
Kejohanan tersebut tiada kaitan dengan Persatuan Bola Sepak Rusia, bermakna Shirokov tidak akan menerima sebarang hukuman dari badan bola sepak itu.
Bagaimanapun pemain itu akan tetap menerima pendakwaan jenayah atas perbuatannya setelah Danchenko terpaksa menerima rawatan selama 4 jam.
Verguenza Internacional – El exjugador de la seleccion rusa Roman Shirokov agredió a un árbitro en un partido benéfico
Fue después de que el arbitro Nikita Danchenko le mostrara la tarjeta roja por las insistentes protestas. pic.twitter.com/zSlJVR5zUx— RefereeStore Arbitros (@refereestore) August 11, 2020
“Saya berada di hospital lebih dari 4 jam dan 15 sehingga 20 minit di kecemasan,” kongsi Danchenko di Instagram.
“Mereka (doktor) melakukan jahitan di banyak tempat, dan melakukan beberapa ujian. Paling penting semuanya baik bagi saya.
“Apa yang tidak membunuh anda hanya akan membuatkan anda menjadi lebih kuat. Maka selepas ini kita akan sambung bekerja.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak untuk kata-kata sokongan. Ini adalah saat sukar untuk saya dan yang tersayang.”
Shirokov turut melakukan permohonan maaf pada pagi Selasa lalu. “Saya mahu memohon maaf kepada Nikita atas perbuatan yang tidak sepatutnya daripada saya.
“Saya sedar disebabkan hanya tidak memberikan penalti dan dilayangkan kad merah, tidak bermakna saya boleh menghayunkan tangan saya. Saya berharap Nikita boleh kembali segera mengadili perlawanan.
“Saya juga mahu melakukan permohonan maaf kepada penganjur, rakan sepasukan, Match TV dan juga penonton.”