Lihat Bagaimana Virgil Van Dijk Diayamkan Oleh Pemain Aston Villa

Prestasi Liverpool dalam kekalahan memalukan menentang Aston Villa pada awal pagi tadi adalah contoh jelas adakalanya seseorang pemain itu tidak akan berada pada prestasi terbaik sepanjang masa.

Namun ia agak merisaukan apabila ramai di kalangan pemain mengalami sindrom yang sama dalam satu perlawanan. Hasilnya, kekalahan besar kepada sebuah pasukan yang selama ini hanya bergelut untuk mengelak daripada penyingkiran.

Virgil van Dijk sentiasa dianggap sebagai pemain pertahanan terbaik dunia dan sukar untuk digelecek. Pemain pertahanan antarabangsa Belanda yang juga pemain kedua termahal dunia itu selama ini sentiasa meyakinkan ketika melakukan tugas bertahan.

Namun aksi pada malam tadi menunjukkan sedikit kelonggaran. Contohnya pada situasi Jack Grealish dengan mudah mempersendakan Van Dijk dan melakukan nutmeg untuk mudah melepasi halangan pemain itu.

Mujurlah kesilapan tersebut gagal dimanfaatkan oleh pemain Villa untuk menghukum Liverpool. Namun demikian, tidak ada yang mampu menghalang Villa daripada mengganas untuk menewaskan Liverpool 5-2 dalam perlawanan ini.

Kegagalan mempertahankan asakan Grealish bukan satu-satunya kesilapan yang dilakukan oleh Van Dijk. Malah kesilapam itu boleh dimaafkan kerana kita tahu Grealish adalah pemain yang lincah.

Namun sukar untuk menjelaskan mengapa Van Dijk membiarkan larian oleh Oliver Watkins untuk gol kedua Villa.

Dalam situasi tersebut, Van Dijk yang sememangnya kita tahu mempunyai kualiti pertahanan terbaik dibandingkan dengan mana-mana pertahanan tengah yang lain sepatutnya lebih pro aktif membantu Joe Gomez untuk menghalang gerakan Watkins dalam situasi 2 vs 3.

Ia amat mengecewakan Liverpool dibolosi dalam keadaan mempunyai kelebihan numerical untuk gol tersebut.

Prestasi Van Dijk bukan kali pertama mulai dipersoalkan pada musim ini. Bekas pemain dan legenda Liverpool, Jamie Carragher kecewa dengan perstasi ditampilkan Virgil van Dik dalam perlawanan menentang Leeds pada hari pembukaan saingan Liga Perdana Inggeris.

Kesilapan pemain pertahanan terbaik dunia itu membenarkan Leeds menyamakan kedudukan 2-2 dalam perlawanan yang diadakan di Anfield.

Carragher yang juga merupakan bekas pemain pertahanan Liverpool suatu ketika dahulu menyifatkan aksi Van Dijk terlalu angkuh sehingga menyebabkan kesilapan yang tidak sepatutnya.

Menurut statistik oleh talkSPORT dan Squawka, Van Dijk adalah pemain yang paling kerap melakukan kesilapan yang menjurus kepada gawang dibolosi sejak 2018.

Agak menggusarkan kerana Van Dijk telah melakukan beberapa kesilapan mudah sejak akhir-akhir ini termasuk ketika pra musim dan tugasan bersama Belanda.

Liverpool kini menjadi Juara bertahan pertama dalam sejarah saingan premier league yang bolos tujuh gol dalam satu perlawanan sejak dari 1953.

Sudah tentu Jurgen Kloop tidak akan membenarkan perkara sama berulang lagi pada masa hadapan.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.