Lihat Bagaimana Aksi Liverpool Menekan Pemain Arsenal Secara Bertubi-tubi

Aksi persembahan Liverpool ketika bertemu Arsenal kemarin merupakan antara persembahan terbaik sepanjang musim ini.

Corak permainan kemas, teratur dan berintensiti tinggi yang dipamerkan oleh mereka membuatkan Arsenal tidak mampu untuk melawan.

The Reds cemerlang menewaskan Gunners 3-1 dalam perlawanan tersebut dan ianya bermakna Liverpool telah memenangi kesemua tiga perlawanan awal mereka tanpa kekalahan dalam saingan liga musim ini.

Dengan jadual yang padat, sudah pastinya akan membuatkan kebanyakkan pemain berasa penat dan tidak mampu untuk bermain dengan tekanan yang tinggi.

Tetapi ianya tidak untuk skuad kendalian Jurgen Klopp yang sepertinya tidak merasa penat dan tidak terkesan dengan jadual yang padat.

Analisis yang dilakukan oleh NBC pada malam Isnin lalu lebih menumpukan pada keinginan dan tekad para pemain Liverpool untuk merebut bola dari jentera serangan Arsenal yang banyak bermain jauh dari barisan pertahanan the reds.

Para pemain Liverpool dengan pantas memenangi kesemua bola yang hilang dan terus menerus mengasak kubu Arsenal sehingga mereka melakukan kesilapan.

“Ia sebahagian dari permainan yang mana pemain bintang sendiri tidak mahu lakukan. Kebiasaannya ketika kamu turun sebagai Juara dan telah memenangi segala-galanya beberapa tahun kebelakangan ini.”

Jelas salah seorang pundit dari NBC.

“Tetapi mereka terus mempamerkan aksi yang sungguh mengagumkan.”

“Cuba bayangkan bagaimana susahnya pemain Arsenal untuk mendapatkan bola dan bina rentak semula. Tekanan dari Liverpool membuatkan mereka banyak melakukan kesilapan.”

“Lihat saja berapa ramai pemain berbaju merah yang mengawal bola, mereka terlepas dan akhirnya dengan pantas mendapatkan kembali bola tersebut.”

Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane merupakan antara trio serangan terbaik dunia ketika ini.

Namun begitu, walau mereka dianggap trio serangan terbaik, kerja keras yang dipamerkan oleh rakan-rakan sepasukannya juga tidak kurang hebatnya.

“Dalam sesetengah pasukan, mereka ada pemain tertentu yang akan memenangi bola kembali.”

“Di situ lah akan adanya pemain yang penuh dengan skill dan selepas memenangi bola dia akan kehilangan semula bola itu.”

“Tetapi tidak Liverpool, kesemua pemain mereka berada di tahap yang sama. Itu yang membuatkan mereka unik dan sungguh menakjubkan.”

“Sadio Mane, Mo Salah dan Bobby Firmino merupakan yang terbaik dari kalangan rakan sepasukan yang lain.”

Arsenal terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi Alexandre Lacazette selepas dari kesilapan kecil yang dilakukan oleh Andy Robertson.

Beberapa minit selepas itu giliran Sadio Mane pula menjaringkan gol untuk Liverpool mengikat Arsenal dengan keputusan 1-1.

Andrew Robertson tidak menunggu lama untuk menebus kembali Kesilapan yang beliau lakukan hingga membenarkan Arsenal peroleh jaringan awal dengan menjaringkan gol kedua untuk Liverpool mendahului perlawanan 2-1.

Selepas melakukan dua pertukaran yang mana Sadio Mane dan Naby Keita dikeluarkan lalu digantikan dengan Diego Jota serta James Milner, the reds masih lagi mempamerkan aksi mantap dan menguasai permainan dengan sungguh sempurna.

Dieog Jota melengkapkan kemenangan bergaya untuk Liverpool selepas menjaringkan gol volley yang cantik untuk menewaskan Arsenal 3-1.

Melihat kepada persembahan Liverpool dalam perlawanan tersebut, sememangnya tidak mustahil untuk mengatakan bahawa aksi yang mereka pamerkan merupakan persembahan terbaik sepanjang musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.