Dua pemain baharu Chelea, Hakim Ziyech dan Timo Werner tidak menunjukkan belas kasihan ketika latihan berhadapan dengan penjaga gol, Kepa Arrizabalaga.
Lebih menyedihkan, tidak ada satu percubaan berjaya diselamatkan oleh Kepa, dan penjaga gol itu tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyelamatkan setiap percubaan.
Chelsea sudah pun membawa masuk lima pemain pada jendela perpindahan kali ini apabila mengumumkan ketibaan Thiago Silva semalam.
Ziyech and Werner in training👀#CFC pic.twitter.com/PshNtZClfl
— ZiyechSzn🇬🇭🇲🇦 (@vChelseaSzn) August 27, 2020
Ziyech dan Werner yang sudah menyertai latihan tidak membuang masa menampilkan kemampuan masing-masing sebagai persediaan sepak mula Premier League pada bulan hadapan.
Berdasarkan klip video yang dikongsi sendiri oleh Chelsea TV, kehebatan Ziyech dan Werner bakal menjanjikan gandingan yang mantap untuk Chelsea, namun prestasi Kepa Arrizabalaga terus menjadi tanda tanya.
Penjaga gol dari Sepanyol itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stamford Bridge sejak beberapa bulan lalu sekiranya Chelsea berjaya memancing pengganti seperti Andre Onana, Gianluigi Donnarumma, atau Jan Oblak.
✍️ @ChelseaFC's summer transfer business so far:
🇩🇪 Timo Werner
💰 £50m🇲🇦 Hakim Ziyech
💰 £35m🏴 Ben Chilwell
💰£50m🇫🇷 Malang Sarr
💰 Free🇧🇷 Thiago Silva
💰 Free👀 Kai Havertz next? pic.twitter.com/DFbRoWDlP5
— SPORF (@Sporf) August 28, 2020
Buat masa sekarang Kepa dilihat masih lagi calon yang akan menyarung jersi No.1 Chelsea apabila saingan bermula kembali pada 12 September, dan ia pasti perkara yang merisaukan.
Kepa adalah penjaga gol termahal dunia setelah menyertai Chelsea dengan nilai £71.6 juta pada Ogos 2018. Penjaga gol itu jelas perlu membuktikan pengkritik beliau salah dalam melakukan penilaian terhadap dirinya.
Dan kita juga sedang menyaksikan gandingan Ziyech dan Werner dengan prospek ketibaan Kai Havertz yang membuatkan ramai penyokong Chelsea teruja.