Lihat Aksi Timo Werner Mensia-siakan Peluang Keemasan Untuk Menamatkan Kemarau Jaringannya

Timo Werner sekali lagi terlepas peluang keemasan untuk menamatkan kemarau jaringan beliau ketika dalam aksi pertemuan bertemu West Ham United awal pagi tadi.

Pemain kebangsaan Jerman itu kini sudah mengharungi sembilan perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol.

Werner gagal untuk menemui jaring gawang gol dengan Chelsea berjaya menewaskan West Ham 3-0 di Stamford Bridge.

Werner memperoleh peluang keemasan untuk menjaringkan gol kelimanya dalam saingan premier league musim ini, namun beliau telah mempersia-siakan kesempatan tersebut.

Christian Pulisic membawa bola masuk ke kotak penalti West Ham sebelum melorongkan bola yang cantik dan kemas tepat menemui Timo Werner yang tidak dikawal.

Walau mempunyai ruang yang cukup luas untuk mencipta jaringan, Timo Werner lebih memilih untuk merembat bola tepat ke arah Lukasz Fabianski.

Peminat di media sosial termasuk dari kalangan penyokong Chelsea terus mengecam dan mengeji kedunguan Timo Werner yang mensia-siakan peluang terhidang itu.

“Oh Werner apalah yang kamu buat tu.”

“Simpan saja lah Werner tu dulu, pakai dia waktu lawan pasukan belasahan, mungkin lepas jaringkan gol dia akan dapat keyakinan dia semula.”

“Dia sepatutnya boleh menjaringkan gol dari kesempatan itu, dia sudah lama tidak menjaringkan gol dan dia patut manfaatkan peluang yang ada.”

“Lampard tak sepatutnya menyimpan Giroud yang sedang beraksi baik semata-mata untuk bagi Werner memusnahkan semangat dan motivasi pemain lain atas padang.”

Begitulah antara komen-komen netizen Chelsea yang bengang dengan kesilapan Werner mempersia-siakan peluang keemasan.

Bercakap sebelum perlawanan bertemu West Ham, Werner mengakui bahawa beliau sukar untuk menyesuaikan diri dengan saingan premier league.

“Ia bukan masalah berapa nilai diri saya. Ia sentiasa akan ada tekanan apabila kita datang ke kelab yang baru.”

Jelas Timo Werner.

“Tapi saya rasa saya boleh uruskan masalah ini dengan baik. Ianya bukan hal yang baru untuk saya.”

“Tekanan yang saya tanggung sekarang mungkin sedikit tinggi dari tahun sebelum ini, tapi saya fikir, seorang pemain bola sepak yang bagus adalah pemain yang boleh menyerap tekanan dan itulah rancangan saya, saya boleh menyerap tekanan dengan sangat baik.”

“Saingan premier league sedikit berbeza dengan liga yang saya sertai sebelum ini. Ianya lebih sukar dari apa yang saya fikirkan. Sentuhan di sini lebih keras berbanding di Jerman, ia sama sekali tidak seperti apa yang saya bayangkan.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.