Video membabitkan Thomas Partey ini pasti akan membuatkan penyokong Arsenal teruja.
Melalui satu video kompilasi pemain bernilai £45 juta yang didatangkan dari Atletico Madrid dilihat dengan jayanya mengikat gerakan Lionel Messi.
Partey sentiasa diarahkan untuk mengekang Messi memulakan serangan dari bahagian tengah sepanjang enam musim beliau beraksi bersama Atletico Madrid.
Setiap kali Messi datang ke bahagian tengah untuk memulakan gerakan, Partey akan menjadi pemain pertama yang bersemuka dengan bintang Argentina itu.
That freshly-printed shirt 😍
Reppin' @Thomaspartey22 this season?
Make sure you get kitted out 👇
— Arsenal (@Arsenal) October 6, 2020
Melalui kompilasi video yang dikongsikan ini, kehadiran Partey dilihat membuatkan Messi rimas sehingga sering mendepakan tangan tanda rasa tidak puas hati dan kecewa.
Baiklah. Sebahagian besar rakaman di dalam video ini menampilkan Partey mengawal Messi menggunakan kekuatan fizikal. Tetapi apa yang mengujakan ialah bagaimana Partey melakukan pintasan, hadangan kemas, dan memenangi kembali bola dari pemain bola yang dianggap genius ini.
Harus diakui cubaan mengekang Messi ketika beliau melakukan larian dengan bola boleh menjadi mimpi ngeri dalam karier seorang pemain bola sepak.
Tidak ramai yang mampu melakukannya. Apatah lagi melakukannya dengan baik.
Maka berdasarkan video ini, Partey boleh kita anggap telah menampilkan skil bertahan bertaraf elit!
Video berdurasi dua minit ini berjudul ‘Thomas Partey jadikan Messi kelihatan seperti Lingard!’ – mungkin tajuk yang sedikit keterlaluan kerana tidak menhormati bintang Manchester United itu.
Abaikan judul video tersebut, kerana Arsenal kini memiliki senjata paling ampuh untuk mengekang pemain No.10 terbaik di dunia pada hari ini.
Perpindahan Partey menjadi dramatik pada hari terakhir perpindahan. Di mana pada awalnya Arsenal dikatakan tidak dilayan oleh Atletico ketika mereka membuka bidaan.
Atletico menyatakan mereka tidak berhasrat langsung untuk melepaskan pemain tersebut kecuali Arsenal membayar klausa pelepasan.
Ini kerana Atletico mahu mengawal perbelanjaan mereka ketika krisis koronavirus. Atletico malah menawarkan kontrak baharu kepada Partey.
Lyon juga berkeras dengan tanda harga yang tinggi untuk Aouar, maka Arsenal telah melancarkan usaha akhir mereka pada jam jam terakhir deadline day bagi mendapatkan Partey.
Arsenal akhirnya berjayakah menyelesaikan pembelian Thomas Partey dengan membayar klausa pelepasan.
Arsenal mengumumkan perpindahan itu menerusi satu siaran media rasmi selepas Atletico.
🔏 @Thomaspartey22 has joined us from Atletico Madrid on a long-term contract#NoThomasNoPartey
— Arsenal (@Arsenal) October 5, 2020
Arsenal dilaporkan membayar €50 juta yang terkandung pada klausa pelepasan itu
Arsenal memutuskan untuk mengaktifkan klausa pelepasan Partey selepas melihat situasi Aouar lebih rumit.
Dan tiada apa yang dapat dilakukan Atletico Madrid. Arsenal ahirnya berjaya mendapatkan Thomas Partey.
Partey menjalani ujian medikal fasa pertama di Madrid pada hari akhir, dan kemudian terbang ke London untuk memuktamadkan perpindahannya ke Arsenal.
Partey telah mewakili Atletico Madrid sejak 2011. Dia merekodkan 188 penampilan untuk Atleti, menjaringkan 16 gol dalam tempoh tersebut.
Thomas Partey pemain tengah defensif yang memiliki permainan dinamik dan boleh menggelecek.
Thomas Partey akan diberikan jersi No.18 di The Emirates.