Sebelum perlawanan lagi, aksi Alphonso Davies sememangnya dinanti-nantikan. Apatah lagi pemain berusia 19 tahun ini akan bersemuka dengan Messi secara satu lawan satu di bahagian pertahanan.
Bayern Munich jelas telah memalukan Barca di suku akhir Champions League pada awal pagi tadi. Sukar menjelaskan keputusan 8-2 dan bagaimana bahagian pertahanan Barcelona diperlekehkan begitu sahaja.
Sebelum perlawanan Karl-Heinz Rummenigge telah memberikan amaran mengenai ancaman yang mampu didatangkan oleh Davies.
Namun dalam perlawanan pada pagi tadi, sebenarnya bahagian pertahanan Barcelona yang sepatutnya lebih mengambil berat akan nasihat legenda Bayern itu.
19 years old and humiliating Barcelona at the biggest stage, Alphonso Davies. pic.twitter.com/nBsr8s3lAd
— Galu (@PSGalu) August 14, 2020
Aksi pada minit ke-62 oleh Davies membuktikan kemampuan dan ancaman yang boleh diberi oleh pemain ini.
Pada ketika Bayern sedang mendahului 4-2, Davies menewaskan Messi, membuatkan Arturo Vidal kelihatan bingung, sebelum memalukan Nelson Semedo dan Gerard Pique untuk menghasilkan bantuan gol buat Joshua Kimmich.
Pengulas BT Sport Darren Fletcher menanggap Davies sebagai pemain full-back terbaik di dunia dengan aksinya itu.
61': Alphonso Davies dribbles past Lionel Messi
61': Alphonso Davies dribbles past Arturo Vidal
62': Alphonso Davies dribbles past Nélson Semedo
62': Alphonso Davies dribbles past Nélson Semedo (again)
63': Alphonso Davies assists Joshua Kimmich
MEEP. MEEP. MEEP. pic.twitter.com/MNQJ6OqEjw
— Squawka Football (@Squawka) August 14, 2020
Walaupun pada usia muda, beliau kelihatan begitu mudah dan yakin menewasan pemain yang dianggap jauh lebih berpengalaman.
Di bahagian pertahanan, Davies turut berjaya mendiamkan Messi dengan kepantasannya. Malah selepas gol sendiri David Alaba, Barcelona sebenarnya tidak memberi ancaman yang memberi indikasi mampu menewaskan Bayern.
Kita semua tahu bagaimana pasukan Barcelona ini begitu mengandalka magis daripada Messi. Dan kali ini magis itu ibarat diikat dengan satu sumpahan daripada Davies.
Perkara yang lebih menambah luka kepada kekalahan Barcelona ialah apabila pemain yang mereka pinjamkan, turut menambah dua gol untuk melengkapkan kekalahan memalukan dengan dua jaringan.