Lihat Aksi Selekeh Jordan Pickford Benarkan Kelab Bawahan Fleetwood Skor Dua Kali

Jordan Pickford sekali lagi menjadi tumpuan akibat dua kesilapan berprofil tinggi dalam perlawanan Piala Carabao di antara Everton dan Fleetwood dalam perlawanan pada awal pagi tadi.

Everton menang 5-2. Namun aksi selekeh penjaga gol antarabangsa England itu membenarkan Fleetwood kembali ke dalam perlawanan sebanyak dua kali.

Pertama Pickford kelihatan teragak-agak melakukan clearance sebelum penjaga gol itu dihukum oleh Mark Duffy untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Kemudian Pickford seperti mengubah keputusannya dalam menilai hantaran lintang dan membenarkan sepakan overhead Callum Camp menjadikan kedudukan 3-2.

Dua gol, masing-masing dari Bernard dan Michael Keane bagaimanapun menyelamatkan keadaan untuk Everton dan menutup kesilapan penjaga gol itu.

Namun ia tidak menutup kritikan terhadap aksi dan kesilapan yang tidak sepatutnya daripada penjaga gol antarabangsa England itu.

Ancelotti tetap pertahan

Pengurus pasukan Carlo Ancelotti bagaimana pun enggan menyalahkan Pickford dan berpendapat penjaga gol itu terpaksa berhadapan dengan situasi sukar akibat kesilapan rakan sepasukan.

“Saya berpendapat gol pertama bukanlah disebabkan mana-mana kesilapan individu. Kita melakukan hantaran ke belakang kepada Jordan [Pickford], dan ia adalah bola yang sukar sekali,” kata Ancelotti.

“Kita boleh bermain dengan cara berbeza, tetapi tidak melakukannya. Sudah tentu anda harus melakukan penambahbaikan.

“Anda mahu membina serangan dari belakang, namun harus melakukannya ketika kurang risiko. Jika ianya berisiko, maka ianya tidak bagus kerana boleh dibolosi dengan gol seperti dalam perlawanan ini. Ia adalah pengajaran berguna untuk masa depan.

“Saya belum bercakap dengan beliau [Pickford]. Saya harus bercakaop dengan dengan semua pemain yang terlibat dengan gerakan tersebut. Dia bukan satu-satunya yang terlibat,” jelas Ancelotti lagi.

Dua gol dari Richarlison dan satu gol masing-masing dari Alex Iwobi, Bernard dan Michael Keane memastikan kemaraan Everton yang akan berhadapan dengan West Ham selepas ini.

Barton terima hakikat

Pengendali Fleetwood, Joey Barton pula menerima hakikat kekalahan dan gembira dengan prestasi skuad muda yang diturunkannya dalam perlawanan ini.

“Kami menurunkan pemain berusia 18 tahun, 19 tahun dan 21 tahun di bahagian pertahanan. Kami sukar mendapatkan bola, namun sudah menjangkakan itu.” kata Barton.

“Kemudian kam menghadiahkan mereka gol dan kemudian mereka memperoleh gol kedua. Kami melakukan perubahan pada babak kedua, memasukkan Duffy dan kemudian memanfaatkan peluang dengan menutup ruang penjaga gol.

“Kemudian ia seolah-olah kami menembak diri sendiri di kaki apabila dibolosi dengan begitu cepat, dan perlu berjuang semula – tetapi lawan mempunyai kualiti untuk menghukum anda menggunakan serangan balas.

“Saya gembira Everton menurunkan skuad terkuat kerana ini bermakna mereka mengambil pertandingan ini dengan serius.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.