Manchester United berjaya mengikut jejak langkah Arsenal untuk mencatatkan seri dengan pasukan bermula huruf S pada minggu perlawanan ke-13.
Seorang twitfamous dan juga peminat Manchester United telah memberikan respon kepada VAR ketika gol ketiga Sheffield United.
Manchester United berjaya bangkit daripada ketinggalan 2 gol dengan mendahului 3-2.
Sir Alex Ferguson is proud of his boys #SHUMUN pic.twitter.com/KddAGaRck3
— Clive Tshabalala (@Clivebean3) November 24, 2019
Ketika perlawanan menuju ke wisel penamat, Goldbridge sangat yakin pasukannya akan mendapat 3 mata, walaupun ramai yang meraguinya beberapa minit lalu.
“Manchester United akan mendapat 3 mata daripada perlawanan ini, walaupun ramai awalnya meraguinya.”
“Saya sedang memikirkan rating para pemain… tetapi, bagaimana pula dengan yang ini….”
Sheffield kemudian mendapat peluang gol yang disudahkan oleh Olie McBurnie.
Goldbridge sangat terkejut dan kecewa: “Oh, dia ofsaid. Alamak, itu gol. Itu satu gol. Oh tidak, saya tak percaya. Saya tak percaya.”
“VAR demi tuhan, datanglah selamatkan saya kali ini. Inilah masanya, inilah masa untuk VAR.”
“Ia akan dirujuk kepada VAR. Tolonglah… Inilah sebabnya kenapa kita suka VAR. Jangan macam ni, korang tengok, cross itu datang dan bola terkena tangan seseorang.”
“Yesss, ia terkena tangan, dan itu tak gol.”
Goldbridge merasakan itu tidak gol dan bola terkena tangan. Beliau terus menganggap inilah masanya VAR diperlukan, walaupun beliau pernah menyatakan ketidaksukaannya kepada VAR.
“VAR saya sayangkan kamu. Saya sangat sayangkan kamu VAR. Saya sayangkan VAR. VAR sangat hebat. Sebab itulah saya sayangkan VAR. Saya benci tangan dia tu. Itu tak gol. Itu tak gol. Jelas sekali terkena tangan dia.”
Beliau sangat yakin bahawa gol itu tak akan diberikan dan menyuruh penyokong Sheffield di stadium duduk dan diam.
“Mereka tak boleh berikan gol itu. Duduklah, diam. Tiada gol. Korang tengok memang kena tangan dia.”
“Kamu tak boleh berikan gol tu sebab ada elemen keraguan. Maksud saya kamu tak boleh berikan gol.”
“Mereka sedang menyemaknya. Ini seperti bom jangka.”
Goldbrige menunggu penuh sabar dan yakin VAR adalah yang terbaik.
Namun apa yang berlaku, VAR memberikan gol itu.
The new rules say a goal is not given when the ball touches the hand leading up to the goal, intentional or accidental. So how did #VAR award that third @SheffieldUnited goal if not for clear corruption?😡😡😡#SHUMUN @ManUtd pic.twitter.com/Z2rHeUMU1p
— HONEST_LIAR🤟🏽 (@ShosiRashford10) November 24, 2019
“Ohhhh, mereka berikan gol tu. Mereka ni berlawak ke apa. Saya sangat benci dengan VAR. Saya sangat benci dengan VAR. Saya benci VAR. Saya tak percaya semua ini.”
“Saya baru je tweet saya sukakan VAR. Dan sekarang saya sangat bencikannya. Jenaka! Jenaka apakah ini. Jelas sekali terkena lengan dia.”
Fucking hate it!!! Clearly hits his arm https://t.co/VBzVq8uQNN
— Mark Goldbridge (@markgoldbridge) November 24, 2019
Anda semua boleh melihat kepasrahan beliau di sini:
https://twitter.com/i/status/1198672882840289283
Perlawanan berakhir 3-3. Manchester United kini berada di tangga ke-9 selepas 4 kemenangan 5 seri dan 4 kalah.
Setakat ini Manchester United masih menjadi antara pasukan yang paling banyak mendapat kelebihan daripada penjurian VAR. Dan kali ini mereka tidak mendapatnya.