Lihat Aksi Penyelamatan Berkelas Dunia Dari Leno Yang Turut Mencipta Rekod Baru Peribadi

Liverpool dan Arsenal sekali lagi bertemu di Anfield selepas the reds berjaya menewaskan the gunners 3-1 minggu lalu dalam saingan premier league.

Namun dalam aksi pada minggu ini dalam saingan Carabao Cup, giliran Arsenal pula menendang Liverpool keluar dari kejohanan dengan kemenangan melalui penentuan sepakan penalti.

Liverpool jelas lebih menguasai perlawanan berbanding Arsenal, namun jentera serangan skuad kendalian Jurgen Klopp itu dilihat serba tidak menjadi dalam perlawanan ini.

The Reds berjaya mencipta 16 peluang dengan tujuh percubaan tepat manakala Arsenal pula hanya berjaya mencipta enam peluang dan dua saja percubaan tepat.

Apa yang menariknya dalam perlawanan ini adalah aksi yang dipamerkan oleh penjaga gol Arsenal, Bernd Leno yang sungguh kebal mengawal pintu gawang golnya.

Leno beberapa kali mengecewakan jentera serangan Liverpool dengan melakukan gaya penyelamatan bertaraf dunia.

Beliau juga telah mencipta rekod peribadi dalam perlawanan ini dengan menjadi penjaga gol Arsenal pertama yang peroleh cleen sheet di Anfield sejak kali terakhir dilakukan oleh Vito Manonne pada September 2012.

Leno dalam perlawanan ini telah melakukan tujuh penyelamatan bertaraf dunia, empat kali penyelamatan dari cubaan dalam kotak dan menyelamatkan dua sepakan penalti.

Ketika ditanya adakah beliau bimbang kedudukannya sebagai penjaga gol nombor 1 di Arsenal bakal digugat oleh Emi Martinez yang beraksi cemerlang ketika menggantikan beliau semasa mengalami kecederaan, Leno menjawab:

“Tidak, kelab selalu memberi saya rasa bahawa sayalah penjaga gol nombor satu, dan saya juga rasa saya penjaga gol nombor satu dan akan terus menjadi penjaga gol nombor satu.”

Leno dalam temu bualnya selepas perlawanan turut menyatakan:

” Ini merupakan perlawanan yang sukar. Kami melakukan beberapa pertukaran, tetapi kamu boleh lihat philosophy dan usaha kami untuk memenangi perlawanan ini.”

“Saya lebih mengharapkan lain kali kami akan memenangi perlawanan tanpa perlu ke tahap penentuan sepakan penalti, tapi seandainya ia berkesudahan seperti ini saya rasa ianya juga bagus.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sendiri mengakui bahawa beliau sangat teruja melihat aksi mantap yang dipamerkan oleh Leno dalam perlawanan ini.

“Selepas tamat perlawanan, saya beritahu Leno bahawa saya tidak begitu gembira dengan persembahan hebat beliau dalam perlawanan ini.”

Ujar Klopp selepas tamat perlawanan.

Tamat 90 minit perlawanan berkesudahan dengan keputusan 0-0 dan perlawanan di bawa ke penentuan sepakan penalti.

Leno cemerlang menyelamatkan dua sepakan penalti dari Divock Origi dan Harry Wilson dan mengesahkan kemenangan berpihak kepada Arsenal 5-4.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.