Lihat Aksi Penyelamatan Atas Garisan Berkelas Dunia Dari Harry Kane

Harry Kane telah melakukan satu aksi penyelamatan atas garisan yang cukup sempurna untuk menyelamatkan gawang gol Spurs dari dibolosi oleh James Tarkowski.

Tottenham Hotspur berkunjung ke Turf Moor untuk bertemu dengan Burnley dalam saingan liga minggu ini.

Skuad kendalian Jose Mourinho cemerlang menewaskan Burnley dengan jaringan yang sungguh cantik dari Son Heung Min hasil umpanan Harry Kane.

Sebelum mencatatkan assists dengan teknik tandukan ala sepak takraw untuk Son Heung Min, Kane terlebih dahulu menggunakan kelebihan menanduknya untuk melindungi gawang gol Spurs dari dibolosi.

Pada minit ke-71 permainan, Burnley terlebih dahulu berpeluang untuk membuka tirai jaringan menerusi tandukan cantik dari James Tarkowski, namun berjaya diselamatkan oleh Harry Kane.

Kane ketika Burnley sedang mengambil sepakan penjuru berada di hadapan gawang gol Spurs, dan sebaik bola menuju ke arah Tarkowski, Kane berpaling dan masuk ke dalam gawang golnya.

Beliau berada di tempat yang betul dan pada waktu yang tepat ketika itu yang mana bola tandukan Tarkowski benar-benar menuju ke arahnya sebelum beliau menanduk keluar bola tersebut sebelum menerjah gawang gol Spurs.

Empat minit selepas melakukan aksi penyelamatan atas garisan yang sungguh mengagumkan itu, Kane telah menggunakan kepakaran menanduknya untuk mencatatkan assits yang cukup cantik kepada Son Heung Min.

Pemain kebangsaan England itu menanduk bola tepat ke arah Son selepas menerima bola sepakan penjuru dari Erick Lamela.

Son yang sudah bersedia di hadapan gol Burnley ketika itu, telah melayangkan badannya lalu menanduk masuk bola hantaran Kane untuk gol pembukaan Spurs mendahului perlawanan 1-0.

Assists tersebut menjadikan Kane kini sebagai pemain paling banyak mencatatkan assist dalam saingan premier league dengan mencatatkan lapan assists dari enam perlawanan.

Bahkan selain mencatatkan lapan assists, Kane juga turut tersenarai dalam senarai penjaring terbanyak musim ini dengan menjaringkan lima gol dari tempoh tersebut.

Kane turut memecahkan rekod terbaru dengan mencatatkan 13 goals contributions untuk Spurs dari enam penampilan yang mana rekod tersebut sebelum ini milik Thierry Henry yang mencatatkan 12 goals contributions untuk Arsenal dalam tempoh yang sama.

Son Heung Min telah menjaringkan lapan gol secara keseluruhannya pada musim ini dan tujuh darinya adalah assists dari Harry Kane.

Spurs menamatkan perlawanan ini dengan kemenangan 1-0 dan mereka berjaya mengutip tiga mata penuh untuk berada di kedudukan keenam dalam saingan liga dengan mengumpul 11 mata.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.