Alexandru Epureanu telah berjaya melakukan aksi penyelamatan atas garisan terhebat abad ini dengan menyelamatkan gawang gol Istanbul Basaksehir dari dibolosi oleh Manchester United.
Beliau telah menyelamatkan Istanbul Basaksehir dari kehilangan tiga mata penuh selepas berjaya mengeluarkan bola betul-betul di atas garisan gol ketika United sedang gigih menyerang di penghujung permainan.
Ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan, United hampir saja memperoleh jaringan penyamaan selepas tandukan Maguire tertampan ke kaki pemain Istanbul sebelum dikeluarkan oleh Alexandru Epureanu.
Man U loses on not maybe, THE best goal-line clearance in history. pic.twitter.com/1xKE0rRI49
— dareksharp (@DarekSharp) November 4, 2020
Tindakan yang bijak pada waktu yang tepat dilakukan olehnya telah menyelamatkan pasukannya dari dibolosi dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2.
Aksi penyelamatan atas garisan yang dilakukan oleh Alexandru Epureanu itu boleh dikatakan antara yang terhebat setakat ini dengan ketepatan waktunya beliau berjaya mengeluarkan bola dari melepasi garisan gol.
Kerana tindakan bijaknya itu juga, Istanbul Basaksehir akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam sejarah saingan Liga Juara-juara dengan menewaskan Manchester United 2-1.
Dua gol milik Istanbul Basaksehir telah dijaringkan oleh Demba Ba dan Edin Visca pada minit ke-13 dan 40 permainan.
Apa yang menariknya lagi, kedua-dua gol mereka adalah hasil dari kesilapan dungu barisan pertahanan Manchester United yang serba serbi tidak menjadi dalam perlawanan ini.
Insane goal line clearance from Istanbul Başakşehir in the 92' to win the game 🤯
United were this close to drawing the game 👀— BenchWarmers (@BeWarmers) November 4, 2020
Pada minit ke-13, Demba Ba membuka tirai jaringan untuk Istanbul Basaksehir selepas beliau dibiarkan keseorang di atas sementara kesemua barisan pertahanan setan merah pula berada di kawasan tuan rumah.
Edin Visca telah melambungkan bola terus ke atas ketika Demba Ba hanya sepi keseorangan di garisan tengah padang dan pemain berusia 35 tahun itu ternyata masih mampu untuk memecut laju membawa bola ke arah kubu United.
Ianya bukanlah masalah untuk seorang pemain berpengalaman seperti Demba Ba mahu menjaringkan gol dalam situasi satu lawan satu dan ditambah pulak dengan kelebihan memiliki ruang yang terbentang luas begitu untuknya.
Jaringan tersebut juga menjadikan Demba Ba sebagai pemain Afrika kedua tertua yang berjaya menjaringkan gol dalam saingan liga Juara-juara dengan menjaringkan gol ketika beliau sudah berusia 35 tahun, 163 hari.
Demba Ba has now scored four career goals against Man Utd:
⚽️⚽️ for Newcastle
⚽️ for Chelsea
⚽️ for İstanbul BaşakşehirThey left him unmarked… in his own half. 🙃 pic.twitter.com/7mbkgSKY09
— Squawka Football (@Squawka) November 4, 2020
Pemain Afrika tertua yang pernah menjaringkan gol dalam saingan liga Juara-juara adalah, Didier Drogba yang berjaya menjaringkan gol ketika beliau berusia 36 tahun, 259 hari pada November 2014 yang lalu.
Ianya adalah penyudah yang sungguh mengagumkan dari bekas pemain West Ham, Newcastle dan Chelsea itu, namun ianya bolos yang sangat buruk dari barisan pertahanan yang dianggap termahal di dunia itu.
Hasil dari beberapa kesilapan dungu oleh barisan pertahanan United, pada minit ke-40 permainan, Istanbul Basaksehir berjaya menambah jaringan mereka menerusi Edin Visca.
💥💥HER ŞEY BİTTİ DERKEN | Başakşehir Manchester United maçının kaderini belirleyen isim: Alexandru Epureanuhttps://t.co/eUazvk0st1 pic.twitter.com/MhjlkTTGtF
— Fotomaç (@fotomac) November 4, 2020
Deniz Turuc dengan mudah dan bersahaja berjaya memintas bola dari kaki Juan Mata lalu melakukan hantaran lintang yang menemui kaki Edin Turuc.
Selain dari kesilapan yang dilakukan oleh Juan Mata, barisan pertahanan setan merah sekali lagi alpa dan lalai dengan duniawi selepas mereka membebaskan dua pemain Istanbul tidak dikawal.
Manchester United peroleh gol sagu hati di penghujung babak pertama perlawanan menerusi jaringan dari Anthony Martial hasil hantaran dari Luke Shaw.
Başakşehirli Epureanu, son dakikada gole giden topu çizgiden çıkardı
Medipol Başakşehirli Alexandru Epureanu, Manchester United'ın maçının son anlarında kritik bir hamleye imza attı. 34 yaşındaki stoper, 90+1. dakikada geliş…
Tamamı: https://t.co/xDfOYz4jz6#Haberler pic.twitter.com/LlHJ6HQpuo
— Haberler (@Haberler) November 4, 2020
Seandainya Alexandru Epureanu tidak melakukan aksi penyelamatan atas garisan itu, keputusan perlawanan pastinya akan berakhir dengan 2-2.
Namun berkat semangat, kebijaksanaan dan kehebatannya, Istanbul Basaksehir mencipta sejarah dengan peroleh kemenangan pertama mereka dalam saingan liga Juara-juara.