Lucas Ocampos menjaringkan gol melalui sepakan penalti dengan penuh angkuh dan bergaya untuk Sevilla ketika bertemu Bayern Munich untuk merebut kejuaraan Super Cup.
Perlawanan UEFA Super Cup edisi kali ini telah berlangsung di Puskas Arena, Budapest, Hungary yang menemukan antara pemenang Europa League, Sevilla bertemu pemenang Liga Juara-juara, Bayern Munich.
Perlawanan tersebut disaksikan oleh 15,000 penyokong yang hadir ke Stadium dan perlawanan tersebut juga menjadi perlawanan major pertama di Eropah yang membenarkan penonton masuk sejak serangan wabak Koronavirus melanda dunia.
Still thinking about this no-look penalty from Lucas Ocampos 🤯 pic.twitter.com/0Ua5771JwF
— B/R Football (@brfootball) September 24, 2020
Pada minit ke-13, Sevilla terlebih dahulu berada dihadapan melalui sepakan penalti yang sungguh mengagumkan dari Lucas Ocampos selepas Ivan Rakitic dikasari oleh David Alaba.
Lucas Ocampos telah mempamerkan teknik bermutu tinggi dan penuh bergaya dengan melakukan jurus sepakan ‘no look penalty’.
Beliau dengan mudah menewaskan Manuel Neuer dengan teknik no look penalty itu dan ianya suatu hal yang sungguh luar biasa.
Teknik no look yang beliau lakukan mendapat perhatian dari kalangan peminat yang terus menerus memuji beliau di media sosial.
Lucas Ocampos 🇦🇷 give Sevilla the lead against Bayern. ⚽️⚡️ #Sevilla #FCB #UEFASuperCup
— RouteOneFootball (@Route1futbol) September 24, 2020
Sevilla toma la delantera en el marcador. Lucas Ocampos el anotador. pic.twitter.com/hrJD4ig9Gv
— ⚽️RetroMiFutbol⚽️ (@RetroMiFutbol) September 24, 2020
“Bayangkan dia mampu lakukan itu terhadap MANUEL NEUER.”
“Perbuatan yang kejam terhadap Neuer. Ketenangan yang luar biasa.”
“Luar biasa, penalti tahap tertinggi. Tunduk hormat kepadanya.”
Begitulah antara komen-komen yang dilontarkan oleh para peminat di media sosial selepas melihat sepakan penalti yang luar biasa mengagumkan begitu.
That was actually a no-look penalty from Ocampos against Neuer. Ballsy move.
— S. (@Zizou_Esque) September 24, 2020
Lucas Ocampos with a no look pen? I see you. pic.twitter.com/vTH9ZfmBqI
— Felipe Cardenas (@FelipeCar) September 24, 2020
Bayern Munich berjaya menyamakan kedudukan sebelum rehat babak pertama perlawanan melalui Leon Goretzka yang menjaringkan gol hasil sentuhan ajaib dari Lewandowski.
Separuh masa kedua tiada tambahan gol daripada kedua-dua pasukan dengan Robert Lewandowski dan Leroy Sane nyaris menjaringkan gol untuk menamatkan permainan dalam masa sebenar.
Peluang keemasan dan paling besar adalah milik pemain gantian Sevilla, Youssef En-Nesyri pada minit-minit terakhir perlawanan namun percubaannya dikeluarkan Manuel Neuer ketika situasi 1 lawan 1.
Lucas Ocampos with the no-look penalty to give Sevilla the lead over Bayern! 👀 pic.twitter.com/bX0ngrrNM7
— ESPN FC (@ESPNFC) September 24, 2020
Keputusan masih terikat 1-1 selepas tamat 90 minit dan perlawanan dibawa ke masa tambahan untuk mencari pemenang Super Cup.
Javi Martinez muncul wira untuk Bayern Munich yang masuk dari bangku simpanan pada minit ke-99 menggantikan Lucas Hernandez.
Lima minit selepas beliau turun beraksi, Javi Martinez berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Bayern seterusnya memastikan kejuaraan UEFA Super Cup milik kelab dari Jerman itu.